Jakim patut keluar surat rasmi – Sajat salahkan JAKIM?

2,449 views

Sebut saja nama Sajat semestinya rakyat Malaysia khususnya sudah pun mengenali individu ini, memang banyak hal yang dibuat oleh Sajat.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita sensasi daripada jutawaan kosmetik ini. Sajat atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzaman yang baru sahaja selesai menjalani ibadah umrah dengan memakai telekung telah pun mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Rata-rata berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Sajat itu seolah-olah sengaja menempah bala. Disebabkan isu tersebut juga pihak Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah pun membuat semakan status jantina usahawan tersebut dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati bahawa dia sebenarnya seorang lelaki.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh Sajat di Tanah Suci adalah salah sama sekali. Sajat yang kini sudah pun pulang ke tanah air telah memberitahu bahawa dia akan berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendedahkan identiti sebenarnya.

Menurutnya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu pergi ke hospital untuk membuat pengesahan perubatan bagi membuktikan dia wanita namun jelasnya lagi pihak jakim tidak mengeluarkan apa-apa dokumen bertulis padanya.

Ini komen Sajat: “Bukannya saya tidak mahu buat report perubatan, sekarang, pihak mereka (JAKIM) hanya minta saya pergi ke hospital tapi tak ada sebarang surat sokongan.

“Jika betul pihak mereka (JAKIM) nak bantu saya, mereka patut keluarkan surat rasmi. Saya tidak tahu dengan siapa yg saya perlu rujuk. Kalau nak tolong, harapnya tolonglah betul-betul kalau tidak hal ini akan berpanjangan”

“Saya pernah kena tipu sebelum ini, bukannya saya tidak mahu cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa saya dah bagi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan lagi. Namun, sekarang ni, saya yg perlu tanggung semua ini sendirian”

“Ibu bapa Sajat yg boleh sahkan siapa diri saya sebenarnya. Tiada orang lain” 

Usahawan ini juga berkata bahawa dia telah cuba menyelesaikan isu ini tetapi mendakwa bahawa pihak berkuasa hanya memberi alasan bahawa kesnya itu adalah merupakan kes berprofil tinggi.