Syamsul Yusof terjah, serbu office Mstar, cari penulis artikel

10,242 views

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah menunaikan kata-katanya untuk mencari wartawan yang menulis artikel tentang dirinya baru-baru ini.

Suami kepada Puteri Sarah Liyana ini, betul-betul telah datang menerjah ke office portal Mstar semalam yang terletak di Petaling Jaya.

Syamsul Yusof kemudian terus masuk dan bertemu dengan ketua pengarang bahagian hiburan iaitu wartawan bernama Niezam.

Pengarah filem Mat Kilau ini berkata dia memang benar-benar kecewa dengan penulis artikel berkenaan yang seakan mencabar dirinya, dan mengatakan dirinya sedang menyorok.

“Saya betul-betul kurang senang dengan tajuk artikel ini. Ianya bagaikan dan seolah mencabar saya. Kerana itu saya datang juga hari ni nak selesaikan isu ini.”

“Korang semua kena faham, ketika ini pelbagai dugaan saya kena lalui dan hadapi. Hal rumah tangga, hal keluarga, dengan anak sakit lagi, macam-macamlah. Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan pun kena fahamlah keadaan saya.”

Dalam pada itu, Syamsul pun tak berapa selesa melihat pihak media mencari bapanya Datuk Yusof Haslam.

“Saya juga rasa kurang senang, apabila ada wartawan yang jumpa ayah saya dan tanya soalan tentang hal peribadi saya, secara bertubi-tubi pula tu.”

Syamsul dan Niezam kemudian masuk ke dalam sebuah bilik dan telah berbincang berdua saja.

Setelah hampir sejam lamanya mereka berbincang, akhirnya dilihat semua baik-baik saja.

Malahan, ada juga moment yang mana Syamsul Yusof dan Niezam dilihat telah berpelukkan dan berbaik, sekaligus menunjukkan kes ini dah pun selesai dengan jayanya.

Ini gambar mereka setelah berbincang.

Kata Syamsul Yusof lagi, dia dan pihak Niezam telah akui kesalahan masing-masing. Dua-dua pun ada kesilapan tersendiri.

“Saya datang sini bukannya nak naik angin, nak kata jangan keluarkan artikel. Bukan sama sekali. Saya ni berkarya.”

“Apapun aku faham memang satu Malaysia cari Syamsul Yusof, ke mana perginya.”

“Tapi aku memilih untuk tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Aku manusia biasa, aku pun buat silap. Tapi aku tak lari.”

“Mstar dan Syamsul dua-dua ada salah, saling minta maaf.”

Itulah pengakhirannya, yang baik-baik saja antara Syamsul Yusof dan juga pihak portal Mstar.