Janna Nick buat video dalam bathtub, netizen pula rasa malu “Dulu tak macam ni”

6,351 views

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi Janna Nick, nama yang cukup besar dalam industry hiburan tanah air.

Banyak naskah Janna Nick yang menjadi hit dan mendapat rating yang cukup tinggi, sekaligus membuatkan namanya kini semakin gah dan kukuh sebagai antara pelakon yang sering membawa watak utama sesebuah drama.

Selain hebat berlakon, Janna juga ada menyanyikan beberapa lagu single. Sebelum ini lagunya yang agak catchy ialah Akan bercinta. Selain itu Janna Nick juga ada berduet dengan Alvin Chong berjudul Aku Kamu.

Yang terbaru, Janna Nick kini tampil dengan lagu baru berjudul Gatal. Muzik video lagu ini telahpun dimuatnaik di laman Youtube milik Janna.

Sejak dilancarkan pada 9 februari yang lalu, dalam masa tiga hari, ianya ditonton lebih dari 100 ribu tontonan.

Namun, di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Janna Nick telah muatnaik dirinya sedang mandi buih, di dalam bath tub.

Ianya sebenarnya untuk promosikan satu produk sabun, yang mana ianya sesuai diguanakn jika badan gatal.

Namun ternyata ramai yang kurang setuju dengan cara Janna Nick, kerana menggunakan bath tub sebagai tempat untuk buat content.

Ini videonya, dari laman Instagram Janna Nick.

Walaupun hanya nampak muka saja, namun rata-rata netizen tidak beberapa suka cara sebegini. Ini antara komen yang ditulis di ruangan komen.

Pelakon ini sebelum ini beberapa kali menajdi tumpuan melibatkan isu peribadinya termasuklah isu kesihatan dan juga cara berpakaian.

Janna Nick juga kini sedang menjalin hubungan dengan pelakon berdarah campuran iaitu Dini Schatzmann. Kata Dini, dia sentiasa support Janna Nick dan mengagumi Janna kerana jika mahukan sesuatu, wanita berkenaan akan sentiasa berusaha keras untuk mendapatkannya.