Pernah menyertai Gegar Vaganza, nama penyanyi Zamani dari kumpulan Slam mula meniti dibibir para peminat industry hiburan tanah air.
Karier Zamani selepas rancangan Gegar Vaganza dilihat kembali bersinar, setelah terpalit dengan beberapa isu sebelum ini.
Namun kini Zamani tetap diuji terutama ketika adanya tempoh perintah kawalan pergerakkan yang sedikit sebanyak menyekat perkembangan karier seninya.
Setelah tamat perintah kawalan pergerakkan, kini Zamani kembali melakukan persembahan pentas sekiranya mempunyai permintaan. Namun Zamani mempunyai isu pula dengan kesihatan tulangnya.
Dalam perkembangan terkini, Zamani dan kumpulan Slam telah mengadakan satu konsert iaitu Konsert Slam Mentari Muncul Lagi, yang berlangsung semalam.
Konsert ini diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur menikut SOP yang ditetapkan.
Seramai 1500 penonton telah hadir untuk menyaksikan persembahan dari kumpulan Slam selama dua jam itu.
Zamani dilihat bersemangat dan telah menyanyikan sebanyak 17 buah lagi di konsert berkenaan.
Di pentas berkenaan juga, Zamani telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa sokong dirinya dan juga kumpulan Slam dari dulu sampai sekarang.
Zamani selaku wakil Slam juga memberi penghargaan kepada composer Saari Amri dan pengurus Slam iaitu Johan Aziz yang banyak menaikkan nama kumpulan berkenaan.
Yang menariknya, ketika memberi ucapan, Zamani ada bergurau tentang keadaan kesihatan dirinya yang alami tulang bengkok. Ini ucapan dari Zamani.
“Terima kasih diucapkan sebab selalu setia bersama saya dalam keadaan saya ni badan straight mahupun, dah bengkok. Terima kasih kalian masih kekal menyokong kami. Saya mengharapkan kamu semua akan bawa balik kenangan manis pada hari ini.”
Keadaan bengkok itu merujuk kepada badan dan tulangnya yang bengkok sekaligus memperlihatkan dirinya seperti bongkok dan sedikit senget.
Untuk info, Zamani mempunyai masalah kesihatan iaitu skoliosis iaitu tulang belakangnya jadi melengkung, dan ianya semakin membengkok sejak dari tahun 2019.
Memang ramai yang hadir menonton nyanyian Zamani dan persembahan kumpulan Slam di konsert itu, antaranya ETengku Permaisuri Norashikin, Menteri Belia Sukan, Shuib, Radin, Ella dan ramai lagi.