Mia Sara, Puteri Balqis dapat offer berlakon bersama

7,181 views

Isu yang melanda antara dua pelakon kanak-kanak yang kni sudah remaja iaitu Mia Sara dan Puteri Balqis menjadi bualan ramai pihak.

Ada yang memihak kepada Mia Sara dan ada yang memihak kepada Puteri Balqis, masing-masing ada pendapat tersendiri.

Kisah mereka boleh dikatakan dah berakhir setelah Puteri Balqis meminta maaf dan berharap Mia tak ulangi perbuatannya itu.

Namun dalam perkembangan terkini, sebenarnya, kisah dua pelakon ini mendapat perhatian producer atau penerbit, Datuk Ayu Puteh.

Kata Ayu Puteh, dia risau kalau pergolakkan kedua pelakon ini berpanjangan kerana mereka berdua merupakan antara pelakon pelapis di Malaysia.

“Saya ada terfikir, tentang pelakon yang bakal jadi pelapis sebagai pelakon utama di Malaysia, dan dua nama yang ada ialah Mia Sara dan juga Puteri Balqis. Dua-dua ada peluang yang amat cerah.”

“Secara jujur, saya memang bimbang juga isu yang berlaku ini, sebab mereka berdua ni berbakat.”

“Rasa saya, jika Mia Sara ada tersilap kata, baik minta maaf saja, tak rugi pun kalau minta maaf, mungkin nanti akan berjumpa berdua juga, industry ini kecil saja. Lagi bagus dan beruntung kalau ada sifat rendah diri.”

Ayu Puteh yang merupakan penerbit dari syarikat Pencil Pictures memberitahu, dia memang mahu mengabung kedua pelakon ini dalam satu naskah yang sama, berlakon bersama.

“Pada bulan Januari, saya dah ada keinginan dan dah terdetik mahu dua pelakon ini untuk disatukan dalam drama atau filem.”

“Kami dah buat skrip, dan jalan cerita berkisar tentang kisah cinta antara para remaja. Empat pelakon utama yang dipilih ialah Mia Sara, Puteri Balqis, Afieq Shazwan dan juga Alif Ali, iaitu anak saya.”

“Judul awalnya ialah Ais Krim Cinta. Skrip, jalan ceritanya dah siap dah, sekarang tengah tunggu untuk offer pelakon saja.”

“Saya amat berharap impian nak gabungkan kedua-dua pelakon ini akan tercapai. Mereka berdua ini pelakon utama harapan.”

Itulah plan dari Datuk Ayu Puteh untuk Mia Sara dan juga Puteri Balqis.