Jawapan Alvin Chong bila Emma Maembong dah unfollownya di IG

4,872 views

Hubungan antara Alvin Chong dan Emma Maembong memang diketahui ramai mereka berdua ni memang kawan yang amat baik, bak kata orang putih BFF.

Akan tetapi, lepas sahaja Emma Maembong menamatkan zaman bujang dan kahwin, tiba-tiba ada pihak yang bertanya tentang status hubungan mereka, apatah lagi kini Emma Maembong dah unfollow Alvin Cong di Instagram.

Ramai yang mahu tahu adakah hubungan mereka dah renggang dan kenapa Emma unfollow Alvin Chong.

Pelakon ini memberitahu bahawa Emma maembong sudah lama unfollow semua orang di laman media sosial Instagram.

Tambah Alvin lagi, itu adalah hak Emma Maembong jika dia nak buat seperti itu. Bagi Alvin sendiri, nilai persahabatan adalah tak patut dihitung berdasarkan laman media sosial semata-mata.

Dan jelasnya, hubungan antara dia dan Emma ketika ini masih lagi baik dan mereka memang selalku sahaja berhubung seperti biasa sebagai rakan meskipun Emma sudah berkahwin. Iyalah, Alvin pun antara rakan rapat yang hadir ke majlis pernikahan Emma Maembong. Ini komen Alvin.

Emma Maembong memang dah lama unfollow semua orang di IG, saya rasa itu adalah haknya. Suka hatilah orang. Persahabatan saya dan Emma tak boleh diambil kira berdasarkan laman media sosial saja.”

Kami ada ja contact dan video call macam biasa sebagai kawan, apa yg dia nak buat kat online itu adalah haknya. Tidak semestinya kami dah tak kawan lagi jika dia tak follow saya pun.”

Itulah penjelasan Alvin Chong tentang Emma Maembong yang dah unfollow dia.

Dalam pada itu ketika musim PKP ini, Alvin mengatakan dia kini dah belajar memasak, benda untuk buat sendiri di rumah. Malah Alvin Chong pernah potong rambut sendiri dan bahagian belakangnya jadi senget.

Walaupun rambut senget, Alvin mengatakan dia tak nak botak sebab betuk kepala nya tak berapa cantik. “Pernah botak masa kolej, tak cantik gila. So tak nak botak dah.