Punca Norjuma dikenakan waran tangkap

133 views

Pihak mahkamah telah keluarkan waran tangkap personaliti televisyen yang juga ahli perniagaan terkenal iaitu Norjuma Habib Mohamed semalam. 

Walaupun dirakam hadir ke perkarangan mahkamah, waran berkenaan telah dikeluarkan oleh Majistret. 

Norjuma telah gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan perbuatan khianat dalam kejadian di antara tahun 2017 dan 2023. 

PUNCA WARAN TANGKAP DIKELUARKAN  

Empat orang Majistret iaitu Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan, Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin ke semuanya telah beri kebenaran waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita berumur 44 tahun itu. 

Ini setelah Norjuma dan penjamin tak muncul di kamar mahkamah sungguhpun namanya telah dipanggil beberapa kali bermula 9 pagi. 

NORJUMA DILIHAT DI PERKARANGAN MAHKAMAH 

Pihak media telah menunggu personaliti TV berkenaan di ruang lobi mahkamah dan kelihatan Norjuma muncul di depan mahkamah sekitar jam 10 setengah pagi. 

Norjuma dilihat memandu sebuah kenderaan berwarna hitam dan telah parking atau meletakkan kenderaan berkenaan di depan ruang masuk mahkamah. 

Dek kerana itu bukan tempat park kereta, Norjuma telah diarahkan untuk mengalihkan kenderaan berkenaan oleh petugas mahkamah. 

Norjuma telah berpatah balik ke kenderaan berkenaan untuk mengalihkannya. 

Namun begitu, sampai jam 1 petang Norjuma tak kelihatan lagi, dan tak masuk semula lobi mahkamah. 

Oleh itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan tetapkan tarikh pada empat tarikh iaitu 26 Julai, 29 Julai, 30 Julai serta 2 Ogos depan. 

KRONOLOGI KES NORJUMA 

Norjuma telah didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di sebuah syarikat borang runcit pada tahun 2017. 

Pada Mac tahun 2018, Norjuma juga telah mendatangkan kecederaan kepada seorang pengawal keselamat di sebuah pusat tuition. 

Seorang lagi wanita menjadi mangsa kepada Norjuma apabila ditampar dan dicakar dalam satu kejadian pada tahun 2021.  

Norjuma juga didakwa melakukan khianat apabila merosakkan palang sebuah condominium pada tahun 2023. 

Untuk kes berkenaan, Norjuma mengaku tidak bersalah.