Jawapan padu Azwan Ali tentang isu disindir Nabil Ahmad

8,473 views

Pengacara yang baru buat comeback iaitu Azwan Ali tampil memberi kenyataan balas setelah ditanya tentang ada dakwaan mengatakan seorang pengacara terkenal ada berkata seakan menyindir dan memerli diri Azwan Ali secara live.

Dikatakan Nabil Ahmad ada bercakap sedemkian ketika di awal rancangan Gegar Vaganza dengan sesuatu yang sinonim dengan Azwan Ali.

Antaranya ialah penggunaan ayat ‘not my level’ dan juga penggunakan selfie stick.

Apabila ditanya oleh wartawan dari portal Kosmo tentang sindiran berkenaan, inilah jawapan dari Azwan Ali.

Saya tidak tengok lagi video yang dikatakan dia ada sindir saya dalam rancangan berkenaan. Apapun, kalaulah betul dia ada nak sindir saya secara live, saya maafkanlah dia”.

Kalau betullah dia berkelakuan seperti itu serta mahu kurangajar, terpulanglah kepada dirinya sendiri. Saya tiada masalahpun dengan Nabil Ahmad. Kalau ikutkan, dia tak ada pun sebut nama sayakan, oleh itu lantaklah sama dia”.

Sebagai orang lama dalam bidang seni, Azwan Ali telah memberi ingatan pada semua bahawa kenalah ada perasaan hormat antara satu sama lain, tak kira yang lama mahupun yang baru.

Saya tak ada masa nak berdndam atau ada ambil hati. Industri seni tanah air ni terlalu kecil. Pada pendapat saya, sindir-sindir dalam rancangan secara live tak patut terjadi”.

Ingatan dari saya kepada semua, sila be more careful semasa program live sedang disiarkan, bukan saja kepada Nabil Ahmad tetapi kepada semua mana-mana pengacara pun”.

Isu remeh temeh macam ni saya tak mahu ianya jadi perdebatan besar antara peminat sampaikan ianya boleh merosakkan kerjaya seseorang penggiat seni”.

Tak perlulah nak besarkan isu macam ini. Saya pun penat nak layan hal macam ini. If jumpa Nabil Ahmad kat luar sana pun, saya tetap akan senyum saja kepadanya”.

Kemunculan semula Azwan Ali berganding dengan Elly Mazlein dalam rancangan live, Lagu Cinta Kita musim kedua telah mendapat komen positif dari orang ramai dan menjadi tular.