“Jayden smart boy” ~ Engku Aleesya sayang sangat Jebat Jayden

2,669 views

Perkahwinan antara Engku Emran dan Noor Nabila yang berlangusng minggu lalu menjadi buah mulut orang ramai. Maklumlah ramai yang tak tahu mereka berdua ini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Ketika di majlis pernikahan mereka, antara foto yang paling menjadi perhatian dan digemari ramai ialah gambar keluarga kecil pasangan ini bersama anak-anak mereka.

Engku Emran hadir dengan membawa anaknya, Engku Aleesya dan Noor Nabila pula bersama anak lelakinya Jebat Jayden. Gambar mereka berempat amat sweet sekali di atas pelamin.

Bercerita lanjut tentang penerimaan Engku Aleesya dengan ibu dan adik baru, Erra Fazira ada menyatakan bahawa anak perempuannya itu bahagia.

Malahan, Engku Aleesya amat teruja dengan kehadiran Jebat Jayden sebagai adik barunya. Jom baca pendedahan dari Erra Fazira.

“Aleesya amat gembira kerana selain ada ibu baru, dia kini dah dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jebat Jayden.Saya cakap dengan Aleesya, kalau sayang adik kenalah jaga dia dengan baik.”

“Sebelum ni dia dah 11 tahun seorang diri jadi anak tunggal, memang dia pada mulanya agak kekok sedikit tapi saya harap dia akan menjadi kakak yang baik keranan impiannya nak jadi kakak dah pun tercapai.”

“Sebenarnya dia memang selalu cerita tentang kebijaksanaan Jayden, Aleesya cakap adiknya itu memang smart boy, memang nampak dia sayang teramat dengan Jayden.”

Bagus betul Engku Aleesya ni, measti dia seronok main dengan Jebat Jayden.

Engku Aleesya lahir pad atahun 2009, dan kini berumur 11 tahun, merupakan anak kepada Engku Emran dan Erra Fazira.

Jebat Jayden pula kini berumur 2 tahun lebih merupakan anak hasil perkahwinan antara Noor Nabila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.