(10 FOTO) First baby, Raysha Rizrose beli kereta BMW

4,073 views

Adik beradik popular ini iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose semakin mendapat perhatian di kalangan perminat industry hiburan.

Mereka bertiga kini semakin laku dan wajah tiga beradik ini selalu sahaja menghiasi kaca televisyen dengan drama bersiri.

Pernah seketika, drama lakonan Raysha telah tamat dan terus diganti dengan drama lakonan Nelydia.

Sementara itu, drama lakonan Uqasha pula dimainkan di station television yang lain. Memang dahsyat aura tiga beradik ini.

Tahun 2020 boleh dikatakan tahun yang baik untuk Raysha Rizrose, yang telah berlakon beberapa drama antara yang paling popular ialah drama bersama Zul Ariffin iaitu drama Ryan Aralyn.

Raysha Rizrose juga telah menjaya memikat hati para peminatnya dengan menunjukkan kebolehannya menyanyi dengan baik.

Ada beberapa lagu cover nyanyian Raysha Rizrose yang mendapat pujian, dan yang terbaru sudah tentu nyanyiannya bersama Hannah Delisha iaitu cover lagu untuk AJL35.

Setelah semakin maju dalam kerjaya, Raysha dilihat telah memberi self-reward pada diri sendiri. Raysha telah membeli kereta baru iaitu jenama BMW.

Hal ini diceritakan oleh Nelydia Senrose menerusi paparan beberapa video di Ig story ketika Raysha Rizrose datang untuk mengambil kereta berkenaan.

Raysha datang bersama Nelydia dan ibunya untuk mengambil kunci kereta berkenaan, kereta BMW berwarna kelabu. Memang cantik sekali. Nombor plate yang dipilih pula bermula dengan RR dan ini boleh dikaitkan dengan namanya Raysha Rizrose.

Ini tulis caption dari Nelydia: “Untuk lihat dan berada di momen ketika kamu berjaya membuatkan my heart so full, Da.”

First baby, saya pula rasa sebak nak nangis. Sorry saya pula rasa teruja lebih. Bau kereta baru, bestnya Tahniah Da (nama panggilan Raysha), semoga akan terus berjaya capai banyak lagi selepas ini, amin.”

Lihat gambarnya, Nelydia dan mama turut hadir temani Raysha untuk ambil kereta baru itu.

Tahniah diucapkan kepada Raysha Rizrose kerana dah dapat beli kereta baru.

Untuk info raysha Rizrose bermula sebagai juara Dewi Remaja dan kemudian terjun ke dunia lakonan. Selain berlakon, Raysha juga ceburi bidang perniagaan menerusi jenama Glowera.

Share this on...