Pernah putus cinta dan impian untuk naik di atas pelamin tak tercapai, pelakon, dan pengacara Zulin Aziz menjadi bualan sejak akhir-akhir ini.
Ini kerana, jika kalian menjenguk ke Instagram miliknya, Zulin Aziz dilihat ada muatnaik gambar dirinya bersama seorang jejaka.
Jejaka itu kacak juga orangnya dan melalui tag, nama lelaki berkenaan ialah Farhan Norzain.
Banyak soalan yang timbul dari para peminat dan followernya, adakah jejaka berkenaan kekasih hati baru, ataupun sekadar marketing sahaja.
Ada juga mengatakan ianya mungkin satu lagi gimik dari Zulin Aziz untuk promosikan sesuatu.
Melihat spekulasi yang ditulis oleh para netizen, akhirnya tuan punya badan tampil memberi jawapan.
Menerusi satu caption, Zulin Aziz telah mengesahkan hubungannya dengan Farhan Norzain malah memanggilnya dengan gelaran mesra iaitu B singkatan untuk baby.
Zulin berkata jejaka itu bukanlah pelakon untuk projek yang akan datang tetapi memang orang yang sedang dikenali hati budinya.
“Aduhai, saya rasa nak tergelak baca banyak komem. Dia sebenarnya bukanlah seorang pelakon dalam music video. Dia juga bukan pelakon nak promo business saya.”
“Kami berdua sama-sama cari rezeki. Kami nak bina masa depan yang indah, support business kami ye, Sambal Tujuh.”
“Doakan yang baik-baik saja untuk kami, insyaAllah. Kami sedang berusaha, semua orang pun ada impian dan cita-cita.”
“Farhan Norzaini ini telah bersama dengan saya masa saya masih berisi lagi. Tiada istilah saya dah kurus baru nak ada kekasih hati. Dia ni memang sentiasa dan selalu support apa saja yang lakukan. Dan ini termasuklah nak buat business ini. Love you B.”
“Minta maaf pada rakan media semua, saya bukanlah nak mengelat untuk jawab sebarang pertanyaan, cumanya cerita kisah kami ni, buat masa sekarang biarlah kami saja yang simpan. Nanti dah kahwin kita sembang lain ye, terima kasih.”
Itulah kenyataan dari Zulin Aziz tentang Farhan Norzain. Sebagai kekasih, mereka kini usaha sama berniaga perniagaan sambal iaitu Sambal Tujuh yang akan dilancarkan kelak.