“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

99,833 views

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi kenyataan berkenaan bakal suami mama mereka itu.

Pemuda berumur 27 tahun ini menyatakan hubungannya dengan Kacak memang amat baik dan memang setuju untuk Iqbal mengahwini mama nya. Malah Iqbal berkata Kacak jug amenangis nak Iqbal jaga mama nya itu.

Kacak amat baik hubungannya dengan saya, kami sangat rapat. Dia menangis, sebab mahu saya menjaga ibunya. Jadi perkahwinan ini memang benar-benar akan berlaku. Saya yang banyak tanggungjawab kalau dah kahwin lepas ni.

Selain tentang Kacak atau nama sebenarnya Eric Zecquan yang berumur 14 tahun, Iqbal juga menjawab hubungannya dengan Cik B atau nama penuhnya Edlyn Zamileen yang berumur 16 tahun.

Sudah diketahui bahawa Cik B amat lantang berkata bahawa dia memang tak setuju dengan hubungan antara Iqbal dan Dato Seri Vida dan berharap mereka tak berkahwin. Ini komen Iqbal kepada Cik B.

Salam Cik B, abang tak mahu apa-apapun. Abang dah ada duit, rumah semua. Mama sekarang ni dah makin berusia, abang memang selalu dengan mama.

Abang sendiri banyak berkorban sebenarnya, Cuma ramai yang tak tahu, dan kali ini abang benar nak bagitahu yang abang benar-benar nak jaga mama. Kalau abang tak jaga mama dalam dua tahun, Cik B buang abang jauh.

Dah janji nak bagi nafkah sejuta sebulan untuk mama, Cik B, untuk Kacak semua. Boleh semua. Saya sampai junjung Quran, janji kata, kalau saya menipu, biar Tuhan bagi panah petir kat saya.

Cik B, cuba sebelum tidur Cik B fikir bagi pihak abang, abang nak jaga mama yang dah makin tua. Jangan samakan abang walau mama dah kahwin banyak kali.

Walau Cik B ada rasa geli bila saya kata dia anak kita, saya tetap anggap dia macam anak saya.” Itu luahan dari Iqbal kepada Cik B yang berharap remaja berkenaan akan terbuka menerima dirinya.

Selain itu Iqbal juga menyatakan rasa cinta secara terbuka kepada Dato Seri Vida apabila diminta untuk memberi ucapan kepada ahli perniagaan berkenaan.

Hubungan kita ni banyak yang ramai kata tak elok. Tapi saya betul sayangkan awak Dato Seri Vida, I love you, saya nak bahagiakan kita dan anak-anak CIk B dan Kacak selagi saya hidup, I reaaly love you.