Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

107,999 views

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua pun tengah cerita tentang Iqbal ni.

Semuanya gara-gara kisah percintaannya dengan ahli perniagaan terkemuka tanah air iaitu Dato Seri Vida. Kisah mereka amat serius dan bukan main-main malahan dah pun merancang untuk bernikah pada hujung tahun 2021 ini.

Pada tarikh 12 September yang lalu, Iqbal baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke 27 tahun. Iqbal ada sambut hari jadi dengan Dato Seri Vida.

Detik-detik sambutan hari lahir Iqbal ada dimuatnaik di laman Instagram Vida dan juga di Instagram Iqbal sendiri.

Kemudian, semalam Iqbal ada muatnaik satu lagi video sambutan hari lahir dan kali ini bersama family nya pula.

Antara yang paling menjadi tumpuan ialah kehadiran seorang wanita bernama Anes Ayuni, isteri kepada adik lelakinya bernama Ahmad Weldan.

Anes Ayuni mungkin ramai yang tak kenal, tapi mesti akan ada yang ingat tentang kisah viral seorang wanita sedang hamil mengidam nak kereta Lamborghini. Yup itulah dia, Anes Ayuni yang lebih mesra disapa Yuni.

Selain mengidam kereta Lamborghini, Anes Ayuni juga viral kerana membeli dua kereta Toyota Alphard secara tunai, dengan membawa wang tunai.

Ramai yang tak sangka, rupanya Anes Ayuni ini merupakan adik ipar kepada Iqbal. Memang ramai yang baru tahu.

Berbalik kepada sambutan video Iqbal itu, Anes dilihat telah berlakon sedang mual-mual dan mahu muntah dikatakan sebab bau kucing.

Iqbal yang amat sayangkan kucing, terus membawa kucingnya dan mahu menghilangkan bau kucing itu. Kemudian mereka semua keluar buat kejutan menyanyi lagu hari jadi dengan membawa kek kepada Iqbal.

Yang menariknya, kek yang diberi kepada Ahmad Iqbal itu turut tertulis ucapan selamat pengantin baru, mungkin merujuk tentang hubungannya dengan Dato Seri Vida.

Adik kepada Iqbal Ahmad ialah Ahmad Weldan dan isterinya, Anes Ayuni merupakan co-founder kepada Vitamilk yang sedang popular.