“Kalian ada masalah otak”

5,556 views

Kisah Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang mencuci dinding yang kelihatan tidak kotor menjadi topic hangat di media sosial.

Ramai yang mempersoal tindakan Rina Harun itu, dan melabelnya sebagai hanya berlakon membersihkan dinding sambil dikelilingi jurufoto.

Banyak respon kurang baik dari netizen setelah melihat video berkenaan.

Tak kurang yang menjadikannya sebagai bahan jenaka atau troll, malah mempersendakan menteri berkenaan.

Namun, antara yang paling teruk ialah ada pihak yang telah ubah dan edit nama Rina Harun di laman Wikipedia. Ada nama gelaran yang tak elok yang telah ditambah di laman berkenaan. Ternyata ini agak keterlaluan.

Antara yang tak setuju dengan perbuatan edit seperti itu ialah suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz.

Bagi Nedim, nak edit sampai ubah nama sebegitu bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main dan tidak lawak langsung.

“Ada yang edit Wiki dan letak nama tak elok macam tu, ianya tidak kelakar. Jangan buat perbuatan macam itu. Kalau macam itu kalian edit nama dia, memang ternyata kalian ada masalah atau sakit di otak.”

Ada juga netizen yang tak setuju dengan gurauan sampai ubah nama seseorang dan dilabel sebagai tak matang.

Sepanjang banjir melanda dan juga pasca banjir, Nedim dilihat antara individu yang banyak memberi bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Jika dilihat di laman media sosial, hampir setiap hari Nedim sendiri turun padang sampailah naik bot untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Berkenaan video Datuk Seri Rina Harun pula, menerusi satu kenyataan, dikatakan beliau mengatakan sedang membersihkan kesan bahan buangan dari unggas dan juga cicak.