“Kami minta maaf pada Mak Iti” Tya, Asyraf dedah pesanan Siti Nurhaliza

4,062 views

Ketika Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat menimang cahaya mata kedua, antara individu yang paling awal upload foto baby berkenaan ialah Asyraf Khalid dan isterinya Tya Ariffin.

Jelas Asyraf Khalid dia sudah minta kebenaran dari bapanya iaitu Datuk Seri Khalid, untuk post wajah anak Siti Nurhaliza.

Akan tetapi, ada peminat Siti mempersoalkan tindakan berkenaan, kerana Siti Nurhaliza sendiri belum post sebarang foto wajah baby keduanya itu.

Setelah banyak komen yang tanya tentang hal ini, akhirnya Asyraf dan Tya akur dan memohon maaf.

Kami berdua telah mohon maaf pada Mak Iti”. Itulah komen dari Asyraf serta Tya Ariffin. Mak Iti merupakan nama panggilan keluarga buat Siti Nurhaliza.

Syukur Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik saja. Kami sah contact Mak Iti melalui Whatsapp dan dah pun call dia. Kami minta maaf pada Mak Iti.”

Selepas meminta maaf, pasangan ini mengatakan Siti Nurhaliza telah memberi nasihat kepada mereka berdua.

Cumanya, lepas tu, Mak Iti pesan agar jadikan hal ini sebagai iktibar di masa akan datang”.

Pada hujung minggu ini, Asyraf dan Tya juga merancang untuk pergi melawat Siti Nurhaliza yang sedang berpantang.

Dengan keizinannya, kami akan jenguk Mak Iti dan ayah pada minggu ini. Apa yang berlaku ni salahnya datang dari kami berdua.”

Kami nak mohon maaf pada semua kalau ada pihak yang terguris. Diharapkan isu ini tak dipanjangkan dan Mak Iti dapatlah berpantang dengan rasa tenang hati.”

Asyraf Khalid dan Tya Ariffin telah upload video dan gambar yang memaparkan wajah anak kedua Siti Nurhaliza beberapa jam selepas dilahirkan.

Video itu turut membuatkan ramai netizen complaint sebab dilihat seakan melanggar SOP, kerana begitu ramai yang melawat kerana adanya ustaz serta jurugambar. Mereka berdua menafikan hal berkenaan kerana ianya mendapat kebenaran dari pihak hospital.

Setelah viral, Asyraf Khalid dan Tya Ariffin mengambil keputusan untuk delete video berkenaan.