Kandungan keguguran, Fasha Sandha fobia

6,990 views

Semua orang tak mahu perkara tak elok bagai pisang berbuah dua kali. Ambil pengajaran peristiiwa detik hitam yang pernah berlaku kepada mereka, pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz tak nak lagi berkongsi berita tentang dirinya sedang mengandung.

Fasha Sandha sebelum ini telah alami keguguran setelah membuat pengumuman melalui satu video di laman IG miliknya, dan ini sememangnya amat perit untuk diterima, dan kini dia akui ada rasa fobia untuk membuat sebarang pengumuman berkaitan tentang soal kehamilan.

“Doa yg baik-baik sahaja. Sy juga tak nak mengiyakan ataupun nafikan ttg perkara kehamilan itu.

“Sy harapkan doa yg baik-baik dari semua pihak. Sy pernah gugur sebelum ini dan kejadian itu buat sy jadi fobia untuk bercerita awal.

“Cukuplah anak-anak sy terkesan dgn apa yg berlaku, kerana mereka dahpun harap untuk dapat adik. Jadi, oleh itu sy tak nak membuatkan mereka rasa hampa lagi”

Dalam perkembangan terkini pasangan ini, orang ramai terutama followernya, telah mula buat spekulasi bahawa Fasha Sandha kini sedang mengandung ketika ini.

Ini apabila adanya beberapa gambar Fasha Sandha di laman media sosial Instagram yang memperlihatkan seakan ‘baby bump’, kalau diamati memang amat jelas kelihatan. Namun meamng taka da langsung sebarang caption tentang kehamilannya.

Berbicara tentang hal ini lagi, Fasha menyatakan dia hanya akan berkongsi kisah gembira itu lambat sedikit dan mungkin selepas bayinya lahir.

“Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin nanti”.

Di laman IG ramai yang mendoakan agar Fasha Sandha dan Aidil cepat menimang cahayamata.

Diimbas kembali, Fasha Sandha telah berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada bulan Mac yang lepas. Fasha Sandha pernah berkahwin dengan Jejai dan mereka ada dua anak bersama.