Ucapan dari Nelydia, Raysha Rizrose dan Aprena Manrose kepada Uqasha

4,812 views

Kamal Adli dan Uqsha Senrose kini sah bergelar sebagai pasangan suami isteri. Mereka berdua telah diijab kabulkan pada tarikh 5 November yang lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Sudah tentu, antara yang turut merasai detik bersejarah pasangan ini ialah keluarga kedua mereka, dan ini termasuk dua adik perempuan Uqasha iaitu Nelydia dan juga Raysha Rizrose.

Nelydia Senrose melahirkan rasa syukur kerana akhirnya kakaknya itu menemui cinta hati dan disatukan dengan ikatakan yang sah, sebagai husband and wife.

Ini komen Nelydia Senrose: “Syukur Alhamdulillah, hari ni rasa happy sangat, rasa bahagia, segala rasa dah datang singah kat hati sebab kita dapat raikan hari cinta kakak saya Uqasha dan Kamal.

Saya rasa mereka berdua memang pasangan yang ditakdirkan untuk bersama, meant for each other.” Itu antara ucapan dari Nelydia kepada Uqasha.

Sementara itu, Raysha juga berasa sangat bahagia melihat kakaknya itu kini sudah selamat disatukan dengan insan tersayang. Raysha juag akui dirinya memang penuh emosi melihat kakaknya kini sudah berkahwin.

“Perasaan saya masih lagi amat emosional. Saya masih lagi tak boleh stop nak nangis. Alhamdulillah lega sebab semuanya dah selesai. Saya tahu dia memang lama dah tak sabar tertunggu for the one (suami). Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa dia.”

Semoga mereka berdua bahagia sampai ke akhir hayat, semoga dapat anak yang ramai, amin.” Itu pula kata-kata dari adik perempuan Uqasha, Raysha Rizrose yang merupakan bekas juara Dewi Remaja.

Turut ada melihat moment Uqasha bernikah ialah sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Ini ucapan Aprena setelah melihat pernikahan Uqasha dan Kamal.

“Saya rasa sayu ketika lihat dia dah sah jadi isteri, saya flash back ketika saya susah senang dengan Uqasha. Finally dia dah jadi isteri orang. Tahniah Sha.”

Itulah antara ucapan dari family Uqasha Senrose. Selamat pengantin baru buat Uqasha dan juga Kamal Adli.