Amir Raja Lawak nama yang cukup dikenali sebagai seorang penghibur yang mampu mengeletek para penonton dengan telatahnya yang selamba.
Namun begitu, sejak perintah kawalan pergerakkan berlangsung, Amir akui dirinya terjejas kerana tawaran berlakon kebanyakkannya ditunda.
Demi mencari rezeki, Amir bekerja keras, dan kini mengusahakan gerai menjual air di tepi jalan.
Pelawak berumur 32 tahun ini menjual air di tepi jalan di Prima Saujana, Kajang.
Walau untuk tidaklah banyak, namun ianya mempu menyara keluarganya. Jom baca cerita dari Amir tentang usahanya berniaga air tepi jalan.
“Setiap hari saya jual air bermula jam 11 pagi sampai 6 setengah petang. Bila balik rumah, saya masih kerja, buat air di malam hari.”
“Mula jam 7 pagi pun, saya dah buat air lagi, dan bersiap untuk buka gerai. Saya pun ada pembantu gerai, jadi kalau kira untung tu, boleh lah dapat dalam RM200.”
“Saya tak kisah asalkan ada rezeki untuk beli keperluan harian, tamping perbelanjaan sepanjang PKP ni, itu dah cukup. Penat tu belakang kira.”
Tentang karier seninya, Amir yang popular dengan tagline I am sorry Amirreka memberitahu, ketika ini semua offer telah ditangguhkan kerana PKP, dan punca pendapatannya memang terjejas.
“Ikutkan rancangan bulan ini, saya terlibat dengan tiga drama. Tetapi semua telah ditunda dan saya pun buat inisiatif berniaga ini untuk cari pendapatan.”
“Saya okay asalkan ada punca pendapatan, saya dan family pun selesa dengan gaya hidup secara sederhana.”
“Biarlah orang nak kata apa pun walaupun saya ni artis, namun bagi saya tiada keperluan pun nak hidup dengan bermewah-mewah.”
Amir Raja Lawak berkata sambutan jualan air jagung dan keladi itu, buat masa sekarang amat baik, dan dia memang dah ada yang memang customer yang setia.