Takziah, isteri Nabil Ahmad alami pendarahan, disahkan keguguran anak keempat

1,807 views

Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan isterinya iaitu Nazirah Ayub telah menerima satu berita duka hari ini.

Nabil mengesahkan isterinya telah gugur anak keempat di dalam kandungannya. Ini setelah berlakunya turun darah dua hari lepas.

Jelas pelawak berumur 38 tahun ini, ketika gugur, usia kandungan anak keempat nya itu sudah masuk bulan ketiga.

Saya hanya ketahui bahawa isteri hamil pada dua minggu lepas, usia kandungan dah masuk tiga bulan. Khamis lalu, isteri ada alami pendarahan dan telah buat pemeriksaan. Akhirnya doktor sahkan memang baby dalam kandungan sudah tiada lagi.

Isteri dalam keadaan okay saja, saya pun okey, bagi kami, sudah tak ada rezeki sebab Allah merupakan perancang terbaik.

Cumanya anak-anak saya semua dah teruja nak dapat adik baru namun tak jadi pula. Tidak mengapa, maybe ada rezeki lagi lepas ni.

Nabil dan isteri kini mempunyai tiga orang anak perempuan, dan berita anak keempat ni membuatkan Nabil berharap dapat baby boy.

Sebenarnya, saya tak kisah pun sebenarnya lelaki atau perempuan, tapi memanglah saya berharap juga kalau dapat baby boy pula.

Saya suka ada anak kecil kat rumah, sekarnag anak yang ketiga pun dah 2 tahun, dah pandai main sendiri. Kami memang ada plan jarak usia anak, kiranya ini masa yang sesuai untuk anak keempat.

Pada petang Sabtu, isteri Nabila, Zira Ayub ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya disahkan hamil anak keempat. Ianya satu hadiah sempena hari lahirnya, namun ternyata tak ada rezeki.

Ini nukilan dari Zira Ayub.

Salah satu sambutan hari lahir yang paling akan saya ingati. Ingatkan nak tambah seorang lagi ahli keluarga, namun rezeki tiada. InsyaAllah ada rezeki lain nanti, kena cuba lagi ya Nabil.

Nabil dan Zira bernikah pada tahun 2011 dan mempunyai tiga anak perempuan.