“Peluang kedua..” Mimi Lana akui dah kembali bersama Syafiq Kyle

4,141 views

Memang sah bahawa pasangan selebriti, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dah kembali bersama sebagai kekasih. Jika sebelum ini mereka berdua pernah berpisah, nampaknya cinta mereka telahpun bertaut kembali.

Melalui satu laporan dari Berita Harian, Mimi Lana berkata hubungan mereka yang dibina sejak 6 tahun lalu, bukannya mudah kalau nak dibuang begitu saja.

Pernah renggang dan berpisah, kini hubungan mereka menjadi lebih matang.

Syukur alhamdulillah hubungan saya dan Syafiq baik-baik saja. Ini merupakan peluang kedua yang telah diberikan, percintaan kami kini dah semakin matang.

Kami lama dah ada hubungan cinta, nak masuk 6 tahun. Setiap tahun, banyak perkara yang kami dipelajari.

Antaranya, jika ada isu, kami berdua kena selesaikan dengan lebih matang.

Perkara utama dipelajari bila berpisah sebelum ini adalah kami kena kenal diri dan sayang diri sendiri dulu sebelum nak sayang orang lain.

Jika tak mampu sayangi diri, macam mana nak sayangi orang lain.

Mimi ditanya adakah mereka ada rancangan untuk akhiri zaman solo, ini jawapannya.

Bila bercinta, memang kami ada plan nak bawa hubungan ke fasa yang lebih kanjut. Namun, berdasarkan keadaan sekarang, ini bukan masa yang sesuai.

Tarikh kahwin memang belum ada lagi. Tapi saya sekarang memang sudah sedia nak kahwin. Tapi tak tahu bila. Cepat atau lambat, ianya ketentuannya.

Kini saya fokus nak jadi insan dan wanita yang baik. Saya percaya, kalau niat kita murni, Tuhan akan mudahkan.

Kemudian Mimi Lana ditanya, adakah dia akan risau kalau dah kahwin nanti popularity dia dan Syafiq Kyle akan jatuh.

Sejujurnya, saya tak risau soal populariti setelah berkahwin nanti. Saya percaya ini semua sudah suratan yang diatur Tuhan.

Saya yakin selepas seseorang itu mendirikan rumah tangga, rezeki akan bertambah.