“Kau ape hal kecoh je” Mona Allen jumpa Iqram Dinzly last day di set penggambaran

38,308 views

Penggambaran sebuah drama bersiri yang melibatkan dua pelakon yang ada isu iaitu Mona Allen dan Iqram Dinzly akhirnay sampai yang buat kali terakhir.

Pada malam Sabtu, 5 Mac, Mona Allen dan Iqram Dinzly masing-masing ada muatnaik status melalui IG stories mereka berdua. Ternyata pada 6 Mac, mereka berdua akan menjalani penggambaran buat kali terakhir bersama.

Di malam Sabtu itu, Mona Allen ada muatnaik beberapa video menunjukkan penggambaran mereka sudah hampir tamat.

Setelah pengarah mengatakan it’s a wrap, mereka semua bersorak kerana kerja dah akan tamat.

Namun ketika sedang tunjuk sekeliling termasuk tunjuk crew dan juga para pelakon lain, akhirnya jelas kelihatan Iqram Dinzly turut berada di set ketika itu.

Mungkin rasa kurang senang dengan apa yang berlaku, Mona Allen merakam wajah Iqram Dinzly dan melabel pelakon itu sebagai seorang yang menyibuk.

Sibuk jer, ada je lah dia. Eleh kecoh lah. Itulah sebabnya kena amik video. Kalau tak amik video ada je orang akan cakap pasal saya.” kata Mona Allen kepada Iqram.

Iqram kemudian membalas semula: “Kau apa hal. Kecoh kenapa, ingat ko sorang kat set ke apa.

Kemudian dengar suara rakan pelakon, Isyariana yang berkata: “Tak payah lah buat hal kat set.

Iqram kemudian ada muatnaik beberapa status lain mengatakan esok iaitu hari Ahadm 6 Mac akan ada adegan terakhir dengan Mona Allen.

Memang geram, tak dapat lenyek minah salleh, lenyek ayam penyet jadi nasi goreng. Tak sabar nak tunggu esok. Adegan method aku nak buat pembalasan.” Itulah yang ditulis oleh Iqram Dinzly.

Ini video nya.

Untuk info, drama ini menyaksikan banyak pelakon hebat membintanginya termasuk Amar Baharin, Isyariana, Siti Elizad, Zamarul Hisham dan ramai lagi.