“70 hari tak nampak bayang” Che Ta tak dapat bayaran, Zainol Macwilson pun sama

6,220 views

Pelakon terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan dirinya masih lagi belum menerima bayaran setelah lebih dua bulan selesai bekerja.

Pendedahan ini dibuat menerusi satu caption di laman IG miliknya semalam. Dari caption, khabarnya payment sudah tertangguh sejak 60 hari yang lalu dan kini dah nak masuk 70 hari, masih tiada lagi bayaran.

Ini komen dari Che Ta tentang isu ini:

“Susahlah sekiranya ada producer yang buat drama tapi tak ada modal. Payment artis dari 30 hari lepas penggambaran, sekarang ni dah jadi 60 hari. Jangan nak kata 60 hari, sekarang ni dah 70 hari lepas pengambaran pun tidk nampak lagi baying-bayang bayaran nak masuk dalam akaun. Alasan dia sebab nak kena tunggu TV station yang bayar, ah lemah. Inilah susah bila nak business tak ada modal, akhirnya ortang lain yang terkesan.”

Dari laporan portal Zeel Production, dikatakan pihak penerbit masih lagi dapat mengeluarkan wang dari FINAS. Che Ta turut tak setuju mereka yang hanya gunakan modal dari FINAS, kerana lebih baik guna modal sendiri terlebih dulu.

Melihat ruangan komen, seorang lagi pelakon senior iaitu Zainol Macwilson yang juga bapa kepada Zahirah Macwilson turut meluahkan rasa geramnya. Namun dikatakan ini merupakan project yang lain, tiada kaitan dengan drama lakonan Che Ta ini.

Zainol tidak menerima bayaran untuk satu projek filem yang dilakonkan olehnya.

“Jangan nak kata drama, baru-baru ni, saya pun dah terkena dengan satu filem. Jika bulan puasa tahun ni, dah genap setahun, produser ni tak ada nak bayar-bayar.”

“Pengarah pun sama juga. Cakap besar saja. Banyak dah kelentong artis lain, antaranya, Faizal Hussein, Wilma, Aman Graseka dan juga termasuk saya.”

Jelas Zainol Macwilson tak bagus buat niaya orang sepeti itu dan tak selamat dunia dan juga akhirat.

Itulah luahan dari dua pelakon senior tentang keadaan terkini penerbit berkenaan isu bayaran yang lewat.