“Dah lima bulan” Raja Ilya sah sedang hamil anak pertama, akan bersalin di Australia

4,190 views

Pelakon Raja Ilya mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak sulungnya. Kini usia kandungan Raja Ilya sudah pun masuk ke fasa trimester yang kedua. Dari kenyataan dari Raja Ilya yang ditulis di laman media Instagram miliknya, dia kini dah hamil 5 bulan.

Bagi raja Ilya, ini merupakan satu berita baik dan meamng dah lama dia nak ceritakan kehamilannya kepada umum.

“Syukur sangat, alhamdulillah, Yes memang benar, saya kini sedang mengandung.”

“Memang dah tak sabar sebenarnya nak ceritakan berita ini kepada semua orang. Sebelum ini masa belum lagi sesuai, jadi akhirnya kami pilih pada hari ini.”

Jelas Raja Ilya, semuanya berjalan lancar dan dia memang kini menetap di Australia, tempat suaminya. Pelakon ini akui dia memang ada rasa rindu nak pulang ke Malaysia.

“Semuanya telah berjalan dengan amat lancar seperti yang telah ditentukan oleh Illahi. Sungguhpun memang hati ni rindu sangat nak pulang ke Malaysia, nak balik Ipoh, nak jumpa keluarga, jumpa kawan-kawan. Secara jujur rasa rindu ini lebih semasa mengandung ni. Rasa nak balik Malaysia itu lebih berbanding mengidam kempunan nak makan. Tapi saya dan suami tetap happy saja di sini.”

Raja Ilya juga mengumumkan bahawa dia dan suami memilih untuk menerima kehadiran anak sulungnya di Australia. Tarikh lahir anaknya dijangka sekitar bulan Julai tahun ini.

“Memandangkan saya akan bersalin di sini, di negara Australia, harapnya kalian semua bolehkan beri sedikit sebanyak info pada saya.”

“Sepanjang 5 bulan ni, bagi Ilya, ianya memang bukan sesuatu yang mudah nak bergelar sebagai seorang ibu ni. Dalam masa yang sama, rasa teruja dan amat bersyukur.”

Tahniah diucapkan buat Raja Ilya dan juga suaminya Trent Garret, yang dikahwini pada hujung tahun 2018. Semoga segala urusan akan dipermudahkan dalam menerima kehadiran cahaya mata yang pertama ini.