“Kau ni merapu, habis negara nanti” Respon ibu bila Aliff Syukri nak jadi Perdana Menteri

2,471 views

Malaysia sekarang ini sedang ternanti-nanti siapakah agaknya yang bakal menjadi Perdana Menteri yang ke sembilan setelah Tan Sri Muhidyiddin Yassin menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada Yang Dipertuan Agong semalam.

Sudah tentu ramai yang berteka-teki dan antara nama yang naik ialah Hishamuddin Hussein, Anwar Ibrahim, Shafie Afdal, Tengku Razaleigh dan beberapa nama lagi.

Namun dengan tak disangka-sangka, jutawan yang juga usahawan terkenal, Dato Seri Aliff Syukri tampil buat kenyataan di pun nak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Menerusi satu entry di laman Instagram miliknya, Aliff Syukri telah mengisi surat permohonan untuk memegang jawatan utama pemerintahan negara ini.

Kalau ada rezeki tak kemana” Itu caption yang ditulis oleh Aliff Syukri ketika muatnaik gambar borang permohonan jadi Perdana Menteri.

Dek kerana entry ini, memang ramai yang beri pandangan masing-masing tentang Aliff Syukri sebagai Perdana Menteri. Memang ramai juga yang membahan Aliff Syukri.

Dan kalau dilihat, antara yang membangkang sekiranya Aliff Syukri ni jadi Perdana Menteri ialah ibunya sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

Mak orang pertama akan bangkang. Jangan ingat lawak ye Kri (nama panggilan Aliff Syukri). Mak tak kira Kri ni anak Mak ke, kalau salah Mak akan tegur, secara tiba nak jadi PM pula.

Memang takut sangat, angin je Mak semenjak malam tadi, sampai tak boleh nak tidur. Mak memang tak percaya dengan kau ni, entah-entah memang betul kau buat.

Janganlah nak jadi ahli politik pula, orang yang dah berniaga ni tak boleh jadi ahli politik, sebab akan ada banyak kepentingan diri, bukannya nak jaga negara.

Sebab kau ini asyik merapu, nanti habis negara. Mak sayang Kri, mak juga sayang negara. Minta maaf ye Kri, ni sound setepek untuk kau. Fokus saja pada berniaga dan jaga anak-anak semua. Banyak orang yang lebih layak tapi memang bukan Kri.

Itulah komen panjang lebar dari Bonda Rozita Ibrahim kepada anaknya Dato Seri Aliff Syukri yang mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.