Shuib dah pilih ibu susuan untuk baby Ayash Affan

39,380 views

Ini perkembangan terbaru tentang isu susu kepada baby Ayash Affan, anak bongsu kepada pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu. Jika sebelum Shuib sampai pening kepala mahu fikirkan hal ini, akhirnya kini keputusan telahpun dibuat olehnya.

Jelas pengusaha Bubble Bee ini, dia akhirnya telah pilih untuk dapatkan susu badan dari ahli family nya sendiri.

Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad, 37 tahun, memberitahu dia akan mengambil susu badan dari sepupunya sendiri, wanita itu akan menjadi ibu susuan kepada Ayash Affan. Pemilihan ini dibuat setelah perbincangan diadakan antara family.

Setelah satu family bincang tentang hal ini, kita syukur alhamdulillah memang ada dari kalangan family saya iaitu sepupu saya yang baru saja lahirkan anak, lebih kurang dah enam bulan.

Jelas Shuib, memilih ibu susuan dari kalangan keluarga adalah lebih mudah, kerana khuatir dengan masa depan Ayash Affan jika dapatkan susu badan dari orang luar, bukan keluarga.

Risau juga masa depan dia nanti, sebab kita pun tak tahu apa nak jadi. Contohnya takut kalau terkahwin ke, ianya akan jadi masalah nanti. Oleh itu, saya ambil dari family sendiri.”

Shuib turut membuat ucapan terima kasih kepada semua rakan termasuk beberap artis serta rakyat Malaysia yang ingin membantunya untuk mendapatkan susu badan kepada Ayash Affan.

Sebenarnya, bukan saja Syatilla Melvin, tapi ramai lagi rakan artis yang saya tak perlulah sebut nama dia. Selain itu ada juga ramai yang saya tak kenal sudi nak bantu saya. Semua tahu susu ibu adalah susu paling bagus untuk baby apatah lagi baby pramatang.

Diharapkan Allah akan membalas dengan ganjaran kepada semua orang. Terima kasih sentiasa bantu dan doakan saya.

Shuib turut berpesan kepada semua tak perlu berduka dengan pemergian arwah isterinya, Shuib kata jika rindu, doakan arwah SIti Sarah dan sedekah surah Alfatihah.