Kaya betul Datuk Adi Putra, nilai kekayaan dikatakan mencecah RM20 juta

8,635 views

Baru-baru ini ada pihak yang mendedahkan bahawa asset yang dimiliki oleh pelakon Datuk Adi Putra kini telah mencecah jutaan ringgit.

Dari laporan berkenaan Adi Putra kini mempunyai nilai secara keseluruhannya bernilai RM20 juta asetnya.

Melalui portal Kosmo, pelakon yang kini berumur 41 tahun, telah tampil memberi komen tentang isu ini.

Jelas Adi Putra, semua apa yang dia miliki ketika ini merupakan anugerah dari Illahi dan merupakan satu nikmat yang bukannya kekal buat selamanya.

Adi Putra juga menceritakan dia bukan saja bergelar pelakon tetapi sebenarnya mempunyai syarikat melibatkan pengurusan umrah dan haji.

“Angka berkenaan telah ditulis oleh orang lain, ianya bukannya datang daripada saya. Boleh jadi kurang daripada jumlah tersebut. Atau pun mungkin lebih lagi.”

“Apa yang boleh saya ceritakan ialah, pada tahun 2013, saya ada menubuhkan sebuah syarikat yang telah menguruskan ibadah umrah serta haji. Syukur sangat sampai sekarang masih berjalan. Apabila kita permudahkan niat orang, saya percaya tuhan akan mudahkan urusan kita juga.”

Datuk Adi Putra melahirkan kesyukuran dengan semua kenikmatan yang diterimanya. Sekain itu, dia juga kurang senang jika ada yang memanggilnya sebagai jutawan.

“Itu hanyalah satu angka. Tak ada apa yang penting pun untuk hal itu. Nak jawab yes atau tidak, itu bukan tanggungjawab saya sebab saya hanya meminjam daripada tuhan saja.”

“Kalau boleh janganlah panggil saya ni jutawan, saya pun gerak belakang tabir je.”

“Ada orang suka tayang kemewahan, bagi saya itu hak mereka lah. Saya lebih suka di belakang saja. Apapun, lakonan tetap ada, sebab ramai juga yang rindu.”

Bagi Adi Putra, dia amat berterima kasih kepada orang tuanya yang mendidiknya sejak kecil sampailah ke tahap sekarang ini.

“Saya nak ucap rerima kasih banyak kepada ibu bapa saya atas didikan mereka selama ini. Terima kasih kepada khabar angin serat berita ini. Syukru kerana ada yang menguar-uarkan. Ada juga penyampaian oleh itu tak perlu saya sampaikan.”

Itulah perkembangan terkini dari pelakon Datuk Adi Putra yang dikatakan mempunyai asset bernilai RM20 juta ketika ini, satu pencapaian yang menakjubkan.