Hari ketiga di CCU, ini keadaan terkini Jasmin Hamid

2,346 views

Hari ini merupakan hari ketiga pelakon Jasmin Hamid dimasukkan ke unit jantung iaitu CCU, di Hospital Sungai Buloh.

Pelakon berumur 47 tahun ini sedang menerima rawatan ekoran terkena masalah jantung sejak hari Rabu awal pagi.

Kali ini pihak media mendapatkan kenyataan terkini dari suami Jasmin Hamid iaitu Nazmir tentang keadaan terkini serta perkembangan pelakon berkenaan.

Kata Nazmir, Jasmin Hamid ketika ini masih lagi dalam unit jantung CCU, namun begitu, isterinya itu menunjukkan tanda yang positif.

Perubahan baik semakin kelihatan dan keadaannya kini semakin stabil. Ini kenyataan Nazmir.

“Sekarang, pihak doktor dah pun mula kurangkan dos ubat untuk tekanan darah isteri. Hari ini sudah memasuki hari ketiga rawatan, kalau ikutkan, Jasmin ada dua hari lagi untuk rawatan. Semoga lepas ni tak adalah sebarang komplikasi.”

“Selain itu, pihak doktor juga ada cakap, mereka saran Jasmin buat angiogram sebab ada saluran jantung tersumbat. Apapun semua ini akan dibuat kalau tak ada sebarang komplikasi.”

Nazmir menambah, Jasmin Hamid kali pertama alami gejala jantung berkenaan sepanjang hidupnya.

Isteri mula terasa kurang selesa sekitar jam 3 pagi, dan mengadu rasa kurang selesa di kawasan dagu, rahang dan lengan menjadi kebas selain rasa kurang selesa di kawasan dadanya.

Jasmin Hamid kemudian rasa sukar untuk bernafas dan Nazmir terus membawanya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan ujian ECG dibuat, dan doktor di klinik itu detect memang ada isu dengan jantung.

“Lepas dia mengadu tu, saya terus bawa di ke klinik dan kemudian klinik terus buat refer letter untuk ke hospital. Keadaan dia masih okey tetap sedikit lemah.”

Sama-sama kita doakan agar Jasmin Hamid kembali sihat sepenuhnya.