Keadaan terkini Pak Lah Cecupak, hidap kanser usus tahap empat

6,794 views

Pelawak yang popular melalui kumpulan Cecupak iaitu Pak Lah atau nama sebenarnya Nur Affendi Nurdin kini telah di diagnos mempunyai penyakit barah usus.

Malah, penyakitnya itu dikatakan sudah masuk ke tahap keempat bererti ianya telah pun merebak.

Pak Lah Cecupak kini sedang menerima rawatan untuk kanser usus itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan terkininya, Pak Lah Cecupak ada muat naik gamabr yang menunjukakn dirinya agak kurus.

Pak Lah turut ada menulis satu ucapan yang mana dia rasa syukur kerana sejak dia mula melawan penyakitnya itu, dirinya telah menerima perhatian dan ramai yang ambil berat.

Ini komen dari Pak Lah Cecupak yang ditulis menerusi laman media facebook.

“Salam semua, saya mahu menujukan ini khas buat semua rakyat Malaysia, family, adik-beradik saya, sedara mara, rakan-rakan tak kiralah yang jauh mahupun yang rapat, kawan jauh dekat. Tak lupa kepada semua kawan dalam bidang seni Persatuan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Seniman dan juga pihak Music Author Copyright Protection.

“Secara ikhlas saya nak lahirkan rasa syukur sebab keprihatinan bantuan dari semua mereka yang tak berhenti hulurkan bantuan serta sumbangan untuk kurangkan kos perubatan saya.  Kini saya ada kanser usus tahap empat.

“Semoga Allah sentiasa memberi rahmat pada kita semua dan beri kesihatan yang baik. Semoga dilimpahi nikmat”.

Pak Lah menulis kerana tersentuh dengan bantuan yang diterima setelah dia sudah tak ada sumber pendapatan kerana jatuh sakit.

Pelawak ini kini dalam jagaan isterinya yang juga tak lagi bekerja untuk memberikan tumpuan kepada Pak Lah.

Untuk info, Pak Lah memang aktif melawak, berlakon dan jadi pengacara. Malah Pak Lah juga hebat dalam bidang penciptaan lagu dan pernah menulis lirik lagu tradisional dan lagu rakyat, terutamanya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.   

Senario pernah menyanyikan lagu ciptaan Pak Lah iaitu lagu Joget Toleh Menoleh.

Semoga Pak Lah kembali sembuh, kita sama-sama doakan.