Keluarga bahagia Syafiq Yusof, “Bahagia, berjaya, low profile dan rendah diri orangnya”

108,100 views

Datuk Yusof Haslam antara pelakon, pengarah dan penerbit yang disegani di tanah air. Bukan senang nak cipta nama seperti mana yang diraih oleh Yusof Haslam ni. 

Kejayaan yang dikecapi oleh Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang kini sedang berada di top terutama selepas filem Mat Kilau. 

Namun tak lupa juga dengan anak bongsunya iaitu Syafiq Yusof. Walaupun kurang dikenali sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai pengarah. 

Pada umurnya 30 tahun, banyak juga naskah arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang. 

Antaranya ialah filem yang terkenal ialah Saya Amat Mencintaimu, Desolasi, Abang Long Fadil dan Penunggang Agama. 

Namun filem paling hit ialah Abang Long Fadil 3 dengan kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 (RM18 juta), KL Special Force (RM12 juta) dan Misteri Dilaila dengan RM9juta. 

Bukan itu saja, kerana kehebatannya, Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia. 

Untuk kisah peribadinya, Syafiq Yusof seorang yang amat sederhana dan tidak terpalit dengan sebarang isu sepanjang berada di dunia seni. 

Berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan bernama Aesah Zainal, Syafiq hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya. 

Berita baik sedang diterima apabila isterinya Aesah Zainal kini sedang hamil anak ketiga mereka. 

Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai. 

Ini antara komen dari peminatnya. 

Lindalicious menulis: “Syafiq low ni profile sungguh, di event pun pakai baju tshirt je.” 

Hayati Shafi pula memberi komen: “Syafiq lebih matang dan bijak. Memang humble saja nampak dia ni.” 

Ini antara beberapa gambar terkini family Syafiq Yusof. 

Ketika hari lahir anaknya
Isteri Syafiq Yusof sedang hamil anak ketiga

Semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal dan semoga urusan anak ketiga akan dipermudahkan, amin.