Keluarga kata Aisyah Hijanah dikawal Alif Teega

23,541 views

Kisah berkenaan Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih lagi diperkatakan ramai. 

Ditambah lagi dengan statement dari pihak keluarga Aisyah Hijanah sendiri. 

Paling ketara ialah statement dari adik Aisyah bernama Amirul Adni Rustam yang lebih dikenali sebagai Dani. 

Amirul yang dikenali paling lantang bersuara, sebenarnya merupakan sepupu, yang juga merupakan adik susuan kepada Aisyah Hijanah. 

Yang terbaru Amirul telah menulis bahawa kakaknya itu telah dikawal oleh suaminya dan hanya mahu membersihkan namanya saja. 

“Sama-sama kita tunggu kenyataan yang palsu dari kakak saya.” 

“Alif, minta janganlah nak menggertak isteri kamu.” 

“Mahu isteri saya membersihkan nama kami yang dah buruk tu.” 

“Jika dah buat sesuatu, sila fikirkan baik buruknya. Dah-dahlah dikawal isteri tu hanya demi keuntungan diri kamu.” 

“Dah lah tak jumpa umi, penat lah jenis lelaki macam ni.”  

Amirul Adni juga meminta orang di luar sana untuk tidak percaya dengan sebarang kenyataan dari kakaknya selepas ini. 

“Nanti jangan percaya statement dari kakak saya.” 

“Dia dikawal, atas cubaan untuk sucikan nama lelaki tu. Dah buat kesalahan tapi tak mahu terimanya.” 

“Buat sesi live pun minta kakak saya untuk sale, do your job, man.” 

Selain itu, Amirul juga ada menyebut tentang isteri kedua Ali Teega. 

“Mengapa tak bawa isteri kedua, penyondol tu, untuk bersihkan nama kau.” 

Itulah beberapa kenyataan terbaru dari Amirul Adni Rustam di laman media miliknya malam tadi. 

Kisah antara Alif Teega dan Aisyah Hijanah bermula setelah satu kenyataan telah dibuat yang mana mengesahkan Alif kini telah pun berkahwin dua. 

Perkahwinan kedua Alif Teega itu dikatakan dibuat di negara jiran, beberapa hari sebelum sambutan anniversary dengan Aisyah Hijanah.