Sweetnya Farid Kamil dan Diana Danielle, siap suap makanan

1,045 views

Farid Kamil dan Diana Danielle antara pasangan suami isteri yang berjaya lalui keretakkan rumah tangga dan berjaya menyelesaikannya dengan baik. 

Kedua dua pelakon ini kembali bergelar sebagai pasangan suami isteri setelah melalui fasa paling getir dalam bahtera perkahwinan yang mereka bina. 

Syukur kini akhirnya mereka dah kembali bersama, dan memulakan hidup baru sebagai suami isteri. 

Dalam perkembangan terkini, Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat kembali memekarkan kembali hubungan mereka. 

Melalui satu video, pasangan ini dilihat semakin mesra bersama, dan ada merakamkan moment bahagia mereka. 

Our food hunting in rainy town. Birthday food hunting di Bukit Tinggi.” Tulis Diana Danielle.

Farid Kamil dan Diana Danielle telah bercuti di Bukit Tinggi dan pergi ke kawasanan peranginan di Janda Baik Pahang, sempena hari kelahiran Diana Danielle yang jatuh pada 22 November. 

Ini videonya. 

Dari video berdurasi satu minit lebih itu, kedua mereka dilihat makan bersama. 

Ada moment yang mana Farid Kamil telah menyuapkan isterinya itu makanan. 

Besar sangat tu, mulut saya macam mulut Aurora je.” Kata Diana meminta suaminya mengambil portion makanan yang lebih kecil ketika menyuapnya. 

Paparan sweet antara pasangan ini membuatkan ramai yang menonton video ini turut tersenyum melihatnya. 

Ada juga moment lucu yang mana Diana Danielle ada memberi hint bagaikan mahu telefon bimbit jenis iPhone dari Farid Kamil. 

Ni kalau iPhone baru ni dia ada stabilizer, tak adalah shaking.” Kata Diana kepada Farid. 

Di ruangan komen, ramai yang terus mendoakan agar Farid Kamil dan Diana Danielle akan terus bahagia. 

Ada juga yang terhibur melihat gelagat Diana Danielle yang bermanja dengan suaminya itu. 

“Alahai sweetnya dua-dua ni.”

“Wishing you both eternal happiness.”

“Kesian kat kami yang single ni.”

“Kita yang tengok ni pula tersenyum senyum.”

“Besar sangat tu makan, mulut Diana kecil macam Aurora.”

Farid Kamil, 42 tahun, dan Diana Danielle, 32 tahun, berkahwin pada tahun 2012 dan sehingga kini mempunyai dua orang cahaya mata bernama Che Mad dan juga Aurora.