Shuhada bersuara isu Alif Teega, Aisyah Hijanah

2,410 views

Ketika ini antara topik yang mendapat perhatian ialah kisah pasangan suami isteri infuencer iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah. 

Alif Teega yang telah pun berkahwin dua bersama seorang wanita dikatakan dalam satu pernikahan di negara jiran. 

Pengumuman perkahwinan ini dibuat melalui satu hantaran di media oleh Alif Teega, yang menunjukkan dirinya sedang bersalaman seakan sedang akad nikah. 

Aisyah juga ada menulis komen, dan dilihat seakan berserah ke atas takdir dan buat masa kini hanya akan laluinya saja. 

Menjengah di ruangan komen, memang begitu banyak penulisan yang ditinggalkan oleh warga maya. 

Turut kelihatan ialah beberapa komen dari beberapa rakan artis dan juga individu yang terkenal dan cukup dikenali ramai. 

Antara yang dilihat turut menulis komen di ruangan hantaran Alif teega ialah bekas isteri kepada pelakon Hafidz Rosdhi iaitu Nurul Shuhada. 

Melalui akaunnya iaitu Shu Shukri, Shuhada mengimbas kembali detik Aisyah membawa suaminya itu pergi berubat. 

“Tudiah, sebelum ni beriya bini bawa dia pergi berubat bagai, ni memang takada penyakit lain lah, ada sihir la, ada hasad dengki la, penyakit ain lah apa lah konon, rupanya hang yang gatal. Memang dasar.” 

“Sudah lalui, dan sudah rasa, saya sudah tahu sesakit mana, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui semuanya.”  

“Saya tahu macam mana struggle, macam mana mencuba sangat sampai pergi berubat, percayanya kena buatan dan sebagainya namunakhirnya, semua yang terjadi atas diri dia.” 

“Didoakan agar sentiasa sabar hati seorang bernama Aisyah ni, semoga Tuhan akan menghadiahkan yang terbaik untuk kamu dan juga anak.” 

Ini paparan yang ditulis oleh Shu Shukri. 

Luahan dari Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi dari warga maya, yang mana rata-rata bersetuju dengannya. 

Apapun, semoga tabah buat Aisyah Hijanah dan dipermudahkan segala urusan buat dirinya dan suami.