“Kemenangan Tyzo di ABP tiada peningkatan pendengar malah penurunan” Suria FM

2,196 views

Wakil dari Suria FM iaitu bos besar, Dato Amin telah tampil membuat satu sidang media berkenaan isu Tyzo yang tidak disambung kontraknya. 

Jelas Dato Amin, dia bukanlah rapat dengan mana-mana penyampai radio, dan membuat keputusan berkenaan di atas dasar perniagaan dan untuk naikkan lagi mutu serta rating sation radio Suria. 

Ini antara kenyataan dari Dato Amin, wakil Suria FM. 

“Pada 9 Oktober tahun lalu, kontrak Tyzo telah tamat, dan saya ada berjumpa Tyzo untuk berbincang.” 

“Tyzo bersetuju untuk sambung kontrak namun beliau hanya mahu sambung selama 6 bulan saja.” 

“Ketika itu dia baru saja menang ABP, dan mahu fokus pada perniagaan dan juga bidang lain setelah memenangi ABP pada bulan Julai.” 

“Tyzo ambil masa selama seminggu untuk fikir dan akhirnya setuju sambung selama 6 bulan saja.” 

“Oleh itu, kontraknya patu tamat pada bulan 9 Mac 2024.” 

“Selalu dalam dua bulan sebelum kontrak akan tamat, saya bertanya sama ada Tyzo ada cakap apa-apa.” 

“Setelah saya kaji, saya buat kesimpulan Tyzo dah tak berminat untuk sambung, itu juga sebab dia hanya mahu 6 bulan.” 

“Oleh itu saya fikir untuk ambil peluang ini untuk perbaharui Suria, maka saya buat keputusan untuk tidak sambung kontrak Tyzo.” 

“Ini adalah keputusan dari saya. Maka saya sendiri yang akan sampaikan kepada Tyzo.” 

“Gaji Tyzo akan terus dibayar sehingga pada bulan Mac nanti. Tyzo keluar awal kerana kami mahu buat perubahan dan pelbagai bahan seperti lagu raya, pengiklanan dan sebagainya.” 

Dato Amin juga ada memberi penjelasan bahawa semua berasaskan dasar perniagaan semata mata saja.  

“Pihak pengurusan Suria akan berbincang dengan saya.” 

“Sebenarnya saya tak kenal rapat dengan Tyzo dan juga announcer radio yang lain.” 

“Apa keputusan saya buat ini, bukanlah berasaskan peribadi sebaliknya hanya perniagaan.” 

“Namun sebelum buat keputusan saya akan lihat beberapa faktor seperti berapa ramai pendengar dan juga sale, berapa keuntungan.” 

“Berapa ramai pendengar ni didapati melalui survey dari pihak GFK yang dibuat dua kali setahun, hampir semua radio di malaysia. GFK buat survey berasaskan jumlah pendengar Melayu sebanyak 14 juta, dan diambil seramai 6 ribu orang.”  

“Mereka tanya apakah radio yang mereka dengar, siapakah pendengar kegemaran mereka. Kemudian GFK akan publish keputusannya.” 

“Dari keputusan ini pihak pengiklan akan mula mencari pihak mana yang popular, radio mana yang bagus.” 

“Dalam GFK yang lalu, Suria punya keputusan tak lah begitu baik, bahkan semakin menurun.” 

“Soalan saya tanya, adakah kemenangan Tyzo di ABP, adakah ada pertambahan, tapi tiada penambahan bahkan ianya menurun. Itu kenyataannya.” 

“Jadi kita mesti buat sesuatu untuk tingkat pendengar Suria.” 

Dalam pada itu, Dato Amin juga memberitahu, berdasarkan survey, prestasi paling tinggi dan paling baik ialah DJ Lin dan juga Cik Pia.

Itulah kenyataan dari Dato Amin tentang kisah Tyzo.