Nurul Hidayah back-up lecturer isu komputer “Pelajar kena ada tanggungjawab”

6,595 views

Kini sedang trending isu seorang lecturer wanita yang menegur seorang student yang tak memiliki computer.

Lecturer berkenaan terkilan kerana di semester ke5 student itu masih belum lagi ada laptop dan memberi cadangan meminta kakak kepada student itu agar gadai emas jika ada untuk membeli laptop.

Namun ada ayat yang membuatkan ramai kurang setuju apabial lecturer itu mengatakan ini sebabnya dia tak boleh duduk dengan orang golongan B40.

Ramai yang memberi pendapat tentang isu ini, dan ramai yang kurang setuju dengan cara lecturer itu menegur student sedemikian rupa.

Apatah lagi bapa student itu tidak bekerja, dan ibunya pula suda tiada.

Namun berbeza pula dengan pendapat Datuk Nurul Hidayah iaitu anak kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Nurul Hidayah, dia faham apa yang cuba disampaikan oleh lecturer berpangkat professor itu.

“Pada pendapat saya, Prof tu marah sebab student tu dah masuk sem 5 tetapi masih lagi belum mempunyai laptop. Memang orang susah, namun sebagai pelajar, kena juga bertanggungjawab nak letakkan perkara yang utama sebagai priority.”

“Saya ni pun ada juga lecturer yang saya tidak suka tetapi tak ada pula sampai saya nak buka cerita tentang lectuter tu. Dah dia yang lectuter, dia boleh ambil tindakan kepada student yang ambil mudah pasal pelajaran.”

Selain itu bagi Nurul Hidayah, dia tak rasa apa yang dikatakan itu sebagai memperlekehkan golongan B40.

“Bagi saya, lecturer tu tak menghinapun mereka dalam golongan B40. Saya rasa, dia kata macam tu kerana dah terlalu kecewa.”

“Ramai saja mereka yang dalam B40 ni berjaya. Ramai ibu bapa dah tiada sejak kecil tapi berjaya dalam pelajaran dan juga kerjaya. Ramai yang boleh buat part time untuk beli laptop. Ramai juga yang boleh bantu untuk belikan laptop. Nak seribu daya, itu maksud lecturer itu sebenarnya.”

Nurul Hidayah juga berkata sekarang ini semua benda pun nak masuk ke laman media sosial dan ini termasuklah isu tentang lecturer.

Ini komen penuh dari Nuru Hidayah tentang isu ini.

Dikatakan kejadian ini berlaku tahu lalu, namun video berkenaan baru saja dikeluarkan.