Neelofa main aplikasi teka-teka wajah baby? Fuh comelnya

1,196 views

Sejak berkahwin, akhirnya ada ura-ura yang mengatakan bahawa pasangan Pu Riz dan Neelofa bakal masuk ke fasa seterusnya iaitu ke alam ibu bapa.

Dari laporan Kosmo Online, ada yang mengatakan Neelofa khabarnya ada bermain satu aplikasi di laman media sosial yang mana ianya menggabungkan tekaan wajah baby hasil gabungan wajah ibu bapa.

Video berdurasi 12 saat itu dimuatnaik di laman TikTok yang maan ada menunjukkan bayangan dia wajah baby seorang baby boy dan seorang lagi baby girl, hasil cantuman foto dari Haris dan Neelofa.

Apa yang jelas, memang comel habis hasil cantuman wajah baby berkenaan, maklumlah ibu bapa pun cantik dan kacak kan.

Dari laporan Kosmo juga, banyak komen-komen yang ditulis mengatakan akaun berkenaan adalah video yang dimuatnaik oleh Neelofa sendiri.

@neelofaaa

♬ original sound – Neelofa

Ini antara komen dari netizen: “Aku ingat ini akaun dari fan je, tapi rupa-rupanya Neelofa sendiri yang upload.”

Video berkenaan terus menguatkan lagi spekulasi bahawa Neelofa kini sedang berbadan dua.

“Saya tahu ini merupakan satu hint tentang Lofa akan timang anak tak lama lagi,” Itulah yang ditulis netizen lain.

“Syukur, tahniah buat Neelofa. Memang bakal ibu suka buat benda macam ini.” Tambah seorang lagi peminat mereka.

Sejak dimuatnaik tiga hari yang lalu, video berkenaan telah ditonton lebih dari satu juta views.

Kisah bahawa Neelofa kini sedang berbadan dua semakin kencang bertebaran setelah pelakon dan pengacara ini sering menutup bahagian perutnya, semasa llive atau semasa berada diluar.

Namun begitu, Pu Riz dan Neelofa mengambil pendekatan mendiamkan diri dari membuat sebarang kenyataan tentang khabar angin berkenaan.

Diimbas kembali, Pu Riz dan Neelofa telah bergelar sebagai pasangan suami isteri pada 27 Mac 2021.