Kenyataan penuh Beego dan Linda Hashim, kenapa berpisah dan bagaimana boleh berbaik

4,890 views

Pasangan selebriti Beego, 43 tahun dan isterinya Linda Hashim, 39 tahun, telah pun bercerai pada 27 Mac 2023. 

Namun jodoh masih lagi panjang, beega dan Linda Hashim telah pun rujuk semula ketika dalam tempoh edah iaitu pada tarikh 9 April lepas. 

Beego dan Linda Hashim telah hadir ke mahkamah semalam untuk selesaikan segala kes yang melibatkan perkahwinan mereka berdua. 

Berkata tentang penceraian pada hujung bulan Mac yang lepas, Linda berkata ianya berlaku kerana tiada persefahaman dan kurang komunikasi.   

“Perceraian kami sebelum ini bukannya kerana ada orang ketiga atau pun penyondol. Begitu disebabkan masalah kewangan juga.”  

“Kami telah berdepan dengan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca sebab banyak hal yang kami masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini.” 

Hal ini turut diakui oleh Beego dan berkata walau dah 10 tahun berkahwin, banyak yang dipendam saja. 

“Memang kami banyak memendam rasa perkara-perkara tidak disenangi selama hampir 10 tahun berkahwin. Kami berdua tak pernah nak meluahkannya.” 

“Akhirnya lama-lama, rasa yang dipendam itu terbuku dalam hati dan ianya sememangnya menyakitkan.”  

“Akan tetapi kami cari jalan penyelesaian yang positif dan secara profesional sebab kami berdua dah kenali hati budi masing-masing. Kami berusaha dan cuba selamatkan perkahwinan.” 

Jelas Beego, dia akui memang ada asam garam perkahwinan yang berdepan dengan ujian. 

“Saya percaya, semua pasangan yang dah kahwin akan lalui ujian-ujian. Awal perkahwinan diuji untuk persefahaman dan kemudian akan diuji dengan hal lain pula.” 

Bagi Beego, dia bersyukur perkahwinannya dengan Linda Hashim masih lagi panjang.  

“Saya bersyukur kami suami isteri akhirnya berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan rumah tangga ini diselamatkan, ini semula demi perasaan kami dan juga anak-anak.” 

Dalam pada itu, Linda Hashim berkata dia dan suami akan perbaiki diri selepas ini. 

Sepanjang tempoh berpisah, Linda Hashim banyak muhasabah diri dan berdoa untuk diberi petunjuk. 

“Berkat bulan Ramadan yang lepas, jodoh kami masih panjang. Syukur kami dapat menyelamatkan rumah tangga ini sebabnya dah berjaya buang ego masing-masing.” 

“Saya memang tak nak main-main hal perpisahan ini. Tak ada siapa pun nak berpisah. Saya sentiasa berdoa, solat hajat kerana mahu yang terbaik untuk keluarga ini.” 

“Syukur doa dimakbulkan. Setiap malam kita berdoa. Oleh itu, nampaklah semua jalan dan juga takdir dari Illahi, semuanya disusun cantik. Benda ini memang satu keajaibanlah.” 

“Saya ketepikan semua orang di sekeliling dan selesaikan isu ini antaar kami berdua saja. Ini penting sebab suami isteri saja yang tahu.”  

“Kami pun buang ego diri dan betul-betul bersihkan hati dengan bermuhasabah diri untuk perkahwinan ini. Saya dan suami, dah berjanji akan baiki kelemahan diri masing-masing.” 

Dalam pada itu, Beego berkata lagi, hal peribadi memang tak dicerita kepada orang luar, dan terkejut pihak media dapat menghidunya.  

“Memang agak terkejut juga bola sampai di mahkamah ni, pihak media dah tahu. Sebab kami memang tak cerita kisah rumah tangga kami.” 

Beego dan Linda Hashim berkahwin pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang anak selama 10 tahun berkahwin.