“Kepada Shahrol Shiro, kalau masih anggap saya kawan, call saya” ~ Afdlin Shauki

5,625 views

Dato Afdlin Shauki menyatakan dia ada sebab mengapa tak mahu memberi sebarang kenyataan balas dengan komen-komen dari rakan artis iaitu Shahrol Shiro.

Jelas penerbit, pelakon dan pelawak ini, dia masih anggap Shahrol Shiro itu sebagai rakannya.

Afdlin Shauki juga ada meminta Shahrol untuk call jika masih anggap dirinya sebagai rakan.

“Kepada Shahrol, saya tak respon dengan kenyataan awak sebab, senang je, bukan sebab excited ke ape. Sebab awak kawan saya, dan saya masih lagi anggap awak ni kawan saya.”

“Saya harap, jika ada masih tak berpuas hati dengan saya, awak boleh saja call saya. Tu saja.”

Itu kata-kata dari Afdlin Shauki kepada Shahrol Shiro. Jelas Adlin lagi, dia tak pasti sama ada Shahrol masih anggap dirinya sebagai sahabat.

“Shahrol merupakan sahabat saya, tapi saya tak pasti sama ada dia masih anggap saya ni sahabat dia. Dulu kami dah lama kenal, mak dia dengan mak saya, dengan saya sendiri pergi umrah sama-sama.”

“Kalau dia ni kawan saya, dia mesti akan call saya untuk tanya tentang hal ini.”

Kata Afdlin Shauki, mungkin ada sentiment politik berkenaan isu ini.

“Ini merupakan satu spin yang telah dilakukan oleh orang politik yang mahu mengata saya atas sebab politik. Itu adalah salah satu cubaan untuk menjatuhkan seseorang dan memang hal ini dah banyak kali terjadi.”

“Apa yang Shahrol buat, iaitu keluarkan kenyataan di laman media tu, memang merupakan kerja dia, sebab tu saya pun tak respon kenyataan dia tu. Itu terpulang lah pada Shahrol apa yang dia kena lakukan.”

Afdlin Shauki akui dia pun ada silap sikit, apabila ingatkan kelab komedi itu akan ditutup sepenuhnya, dan jika ditutup seketika untuk siasatan, dia pun setuju.

Diimbas kembali, Dato Afdlin Shauki kini mendapat banyak tumpuan dari para netizen yang kurang setuju dengan kenyataannya menyokong kelab komedi.