“Tolong dengar!” Ini penjelasan Rozita Che Wan kenapa Aaisyah pakai make-up

2,692 views

Rozita Che Wan mempunyai seorang anak perempuan kecil, yang cantik dan comel iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Di usia 7 tahun, antara aktiviti yang seringkali Aaisyah suka buat ialah bersolek dan memakai make up.

Namun, seringkali saja, ada orang di luar sana yang mula memberi komen, kononnya Rozita Che Wan atau Che Ta, yang meminta anaknya itu memakai solekan, sekaligus nampak lebih berusia dari umurnya.

Menjawab komen segelintir pihak tentang hal itu, Rozita Che Wan tampil memberi penjelasan dan pesanan.

Kata Che Ta, bukan dia yang minta, sebaliknya Aaisyah sendiri yang minat dan suka.

“Tolong dengar ye, korang tidak mahu nak siapkan anak korang itu masalah korang la kan. Ni anak kami memang suka besiap. Jadi takkan la dia nak melaram kami tak bagi pula.”

“Saya beri contoh kalau anak korang suka melukih, takkan korang terus saja tak beri depa melukis.”

“Anak saya ni memang suka sangat nak pakai make up dan suka melaram. Jika kita melarang dan tak beri kat dia, dia melalak, merajuk, dah satu keja kami nak pujuk, tak pasal.”

Che Ta juga mengatakan, Aaisyah ni ikut macam dirinya, apatah lagi pernah bergelar ratu dulu.

“Mak dia kan Ratu Malaysia dulu, jadi mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke spaghetti tak gitu. Ke nasi la, saja lawak je ni. Kadangkala kami ni pun pening juga.”

Pelakon ini berkata, ramai yang tulis komen tak elok tu selalunya datang dari akaun yang tidak mempunyai nama yang betul.

“Yang komen semua guna account apa-apa tah, kalau saya libas guna bulu mata yang tebal 7 petala langit ni baru tau.”

“Karang tak letup, ada pula yang mengata bahawa saya ni tak pandai jaga anak, bila dah letup sangat hampa kata kesian zaman budak budak la itulah inilah.”

“Dulu korang suka mandi sungai, mak pak larang, tapi korang terjun juga, macam tu lah Aaisyah ni.”

Che Ta kemudian berpendapat lebih baik orang di luar sana jaga anak sendiri saja.

“Jagalah anak kalian sendiri. Ni sebok nak jaga anak orang, anak sendiri kelaparan, takkan nak Aaisyah ni duk dalam gua saja.”

Itulah kenyataan dari Rozita Che Wan atau Che Ta tentang anaknya Aaisyah Dhia Rana yang suka make-up.