Afdlin petik penceramah, Shahrol Shiro terus bidas.. Shuib, Fadzil Zahari dan Black pun setuju

4,265 views

Shahrol Shiro sekali lagi menyelar kenyataan dari Dato Afdlin Shauki, melibatkan isu penutupan kelab komedi.

Kali ini Afdlin Shauki ada melibatkan satu contoh, iaitu penceramah yang buat jenaka semasa menyampaikan ceramah mereka.

Apabila nama penceramah telah dipetik, ternyata Shahrol Shiro tidak dapat menahan diri dari membidas kenyataan dari Afdlin Shauki itu.

“Sudahlah abang Afdlin Shauki. Saya masih letakkan rasa hormat lagi pada abangni. Mengapa pula nak dikaitkan penceramah agama buat lawak semasa beri ceramah dengan isu melibatkan kelab komedi Crackhouse ni.”

“Mereka beri selingan sedikit lawak agar yang mendengar tu tak lah rasa bosan dan mengantuk. Dengan lawak juga mereka dapat merasakan agama kita ini mudah.”

“Selain itu ianya juga mampu menarik golongan muda untuk lebih dekat dengan agama ini.”

Shahrol ada memberi contoh penceramah terkenal Ustaz Azhar idurs yang sering beli lawak jenaka agar semua yang dengar ceramahnya tak mudah boring.

“Saya mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Lawak telah disertakan agar agam kita ni nampak lebih santai dan ringan tapi yang penting sampai matlamatnya.”

Shahrol juga meminta Afdlin Shauki untuk mengetepikan soal politik dalam isu ini.

“Tak perlu abang nak cerita tentang zaman Pakatan Harapan memerintah. Kita kena ketepikan dulu ideologi politik.”

“Jangan nak tunding jari pada penceramah agama dan hal yang lain. Tenang dulu dan biar pihak berkuasa buat siasatan.”

Shahrol juga pelik dan persoalkan mengapa Afdlin beriya sangat nak pertahan tempat berkenaan, kelab komedi itu.

“Tetapikan mengapa abang nampak beriya iya sangat nak mempertahankan tempat tu ye. Saya akan terus bersuara kalaulah abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang, seorang yang senior dalam industry ini.”

Itulah pendapat dari Shahrol Shiro kepada Dato Afdlin Shauki, yang nampaknya turut disetujui oleh Shuib Sepahtu, Fadzil Zahari dan juga penyanyi BlckHanifah.