Keputusan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38)

24,221 views

Anugerah Juara Lagu ke 38 telah berlangsung pada hari Ahad, 3 Mac 2024. 

Pertandingan nyanyian lagu berprestij ini berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil yang diacarakan oleh Aliff Satar dan juga Sherry Al Hadad. 

Untuk edisi kali ini, ianya ditaja oleh syarikat kosmetik terkemuka Alha Alfa dan berlangsung dengan penuh meriah. 

AJL38 mengangkat tema muzikaverse iaitu gabungan muzk dan juga universe. 

SENARAI LAGU FINALIS 

Sebanyak 12 lagu yang terpilih untuk sertai AJL38 kali ini. 

Ini merupakan senarai lagunya. 

Jangan Mati Rasa Itu dari Aina Abdul  

Hasrat dari Amir Jahari  

Bintang dari Hael Husaini  

Selagi Kuada nyanyian duet Nabila Razali dan Khai Bahar  

Kalam oleh Shiha Zikir  

Darah nyanyian Marsha Milan Londoh  

Waktu dari Ziana Zain dan Hasif  

Kucuma oleh Wany Hasrita duet Afieq Syazwan  

Sutera dari Aisha Retno  

Santai nyanyian Naqiu  

Inilah Jalannya oleh Masdo  

Astana oleh Ernie Zakri 

Untuk info, Datuk Jamal Abdillah telah menarik diri dan digantikan oleh Afieq Syazwan manakala Naqiu pula menggantikan Faizal Tahir.

KEPUTUSAN PENUH AJL38

Setelah kesemua peserta membuat persembahan, ini keputusan untuk Anugerah Juara Lagu edisi ke 38. 

  • Juara laguAmir Jahari (Trofi dan wang tunai RM100 ribu)
  • Tempat kedua: Aisha Retno (Trofi dan wang tunai RM50 ribu)
  • Tempat ketiga:  Aina Abdul (Trofi dan wang tunai RM 30 ribu)
  • Persembahan terbaik: Aisha Retno (Trofi dan wang tunai RM12 ribu)
  • Vokal terbaik: Aina Abdul (Trofi dan wang tunai RM12 ribu)
  • Anugerah Khas Alha Alfa:  Aina Abdul (Trofi dan wang tunai RM12 ribu)

Lagu Amir Jahari iaitu Hasrat merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi ini.

Semasa keputusan dibacakan, Amir ternyata tidak menduga dan terpinga, kemudian terus saja bersujud di atas pentas.

Dalam ucapan, Amir Jahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya dan ini termasuklah isteri dan juga pihak Luncai Emas.

Aisha Retno membawa pulang dua anugerah, manakala Aina Abdul pula menerima tiga anugerah. Apa yang menariknya kedua penyanyi ini membuat persembahan naik ke udara atau terbang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.