Keputusan, markah Famili Duo minggu semifinal, Shila Amzah tersingkir

3,367 views

Pertandingan Family Duo musim ketiga telah pun masuk ke peringkat semi final hari Ahad yang lalu.

Untuk minggu final, hanya tiga duo saja yang layak bertanding, manakala tiga lagi duo telah pun tersingkir.

Tiga pasangan duo yang layak ialah adik beradik Zero iaitu Syarif dan Syaiful, pasangan adik beradik Adira dan Emma serta pasangan sepupu iaitu Haqiem Rusly dan Ariff Bahran.

Antara yang tersingkir ialah penyanyi terkenal iaitu Shila Amzah yang berganding dengan adiknya Syahir Amzah.

Peserta lain yang tersingkir ialah pasangan suami isteri, Tom dan Fuad serta Ryan Bakery dan adiknya Adam Bakery.

Untuk pertandingan Famili Duo, markah keseluruhan untuk peserta yang mara ke final, diambil dan dicampur markahnya dari minggu pertama.

Ini markah penuh dan ranking peserta Famili Duo musim ketiga ini.

Ranking serta markah peserta Famili Duo musim ketiga

Umum tahu bahawa Shila Amzah seorang penyanyi yang hebat, apatah lagi di pentas pertandingan.

Namun ternyata rezekinya untuk pertandingan ini hanya sampai di peringkat separuh akhir.

Setelah tersingkirnya Shila Amzah, ada mengatakan apa yang terjadi ialah satu kifarah kepadanya ekoran isu melibatkan keluarganya iaitu kemelut rumah bersama ibu dan juga adik-adiknya yang lain.

Bercakap tentang hal ini, Shila menyatakan agar orang di luar sana untuk jaga percakapan masing-masing saja.

“Jika mahu berkata tentang kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semua datang dari Allah. Apa yang buruk itu dari diri kita sendiri sebagai seorang hamba kepada Nya.”

“Saya tak kisah tentang apa yang warga maya kata, sebab mereka tiada di tempat kami.”

“Kena tahu bahawa setiap keluarga tu berbeza-beza.”

“Orang di luar tu kena mendidik hati sendiri untuk hormati orang lain.”

“Sebabnya kita tak tahu jika hal itu boleh berbalik kepada diri sendiri. Kena menjaga mulut dari cakap sebarangan.”

Itulah jawapan dari Shila Amzah tentang penyingkirannya yang dikatakan akibat dari kifarah ekoran kemelut bersama keluarganya.