Kini dah masuk ke peringkat suku akhir atau minggu ke 10 All Stars Gegar Vaganza.
Para peserta yang tinggal ada lagi 9 orang saja yang bersaing untuk ke peringkat separuh akhir pada minggu depan.
Untuk minggu ke 10 ini, para peserta sekali lagi diberikan cabaran dengan tema fun fair Tok Ram, versi fiesta muzikal.
Peserta menyanyikan dua lagu yang mana satu lagu merupakan pilihan dari Tok Ram.
Naqiu, yang menyanyikan lagu Bollywood dan lagu irama tradisional telah menjaya merangkul tempat pertama dengan markah 75 peratus.
Tempat kedua pula jatuh kepada Hady Mirza yang menyanyikan lagu Orak Orek dan juga Mak Siti. Juri Hetty Koes Endang memberikan komen gebrek kepada Hady.
Sememangnya juara bersama dari Gegar Vaganza musim ke enam ni berjaya memikat hati juri.
Tempat ketiga pula diduduki oleh Jaclyn Victor. Memang sempoi persembahan Jac, sempat bermain gendang lagi.
Siti Nordiana meneruskan kecemerlangannya setelah berada di tempat ke empat dengan markah 70 peratus.
Persembahan Nana membawa lagu Hindustan ternyata menghiburkan ramai.
Ini kedudukan, markah serta keputusan penuh para peserta minggu ke 10 All Stars Gegar Vaganza.
Tiga peserta yang mendapat markah terendah ialah Liza Hanim, Azharina dan juga Aliff Aziz.
Dengan markah 55 peratus, akhirnya Aliff Aziz disahkan mendapat markah terendah sekaligus telah tersingkir.
Ketika persembahannya, Tok Ram yang memberi komen berkata, Aliff Aziz memang telah melakukan banyak error.
Semasa tersingkir Aliff berkata dia amat berbesar hati kerana diberi peluang berada di atas pentas.
Aliff juga turut berterima kasih kepada para juri yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.
Suami Bella Astillah ini juga berkata dia akan terus berkarya selepas ini.
Untuk minggu ke 11 All Stars Gegar Vaganza atau peringkat separuh akhir, para peserta seramai 8 orang akan menyanyikan dua lagu.
Tema untuk minggu separuh akhir ialah leleh rock, gabungan lagu jiwang tangkap leleh dan juga lagu genre rock.