Keputusan minggu pertama Famili Duo musim ke empat

643 views

Pertandingan nyanyian Famili Duo musim ke 4 untuk minggu pertama telah berlangsung di Shah Alam, pada hari Ahad. 

Konsep pertandingan ini ialah gabungan pasangan penyanyi yang mempunyai ikatakan kekeluargaan, contohnya adik beradik, sepupu, pakcik, makcik dan sebagainya. 

Untuk musim ini, sebanyak 6 pasangan duo bertanding merebut gelaran juara musim ke empat. 

Memang ramai juga nama besar yang sertai pertandingan kali ini. 

Antaranya Tomok, Naqiu, Ayie, Shiha Zikir dan ramai lagi. 

Untuk minggu pertama ini, gandingan sepupu iaitu Tomok dan Sharul Kamal telah berjaya mendapat markah yang tertinggi. 

Tempat kedua pula milik Naqiu dan juga Joey yang mempunyai ikatakan dua pupu. 

Ini keputusan penuh minggu pertama Famili Duo musim ke empat. 

1. Tomok dan Sharul Kamal. Menyanyikan lagu Aku Penghiburmu, Gerhana (64.5%

2. Naqiu dan Joey Daud. Membawa lagu Akhirnya Kini Pasti, Sinaran (59%

3. Ayie Elham dan Salma Asis. Menyanyikan lagu Drama King (48.3%

4. Shiha Zikir dan leda Zikir. Menampilkan lagu Kudaku Lari, Pantun Janda, Sejarah Mungkin Berulang 

(46.9%

5. Zahid dan Anne. Membawa lagu Seksis, Lelaki Ini (35.8%) 

6. Didi Astillah dan Thamiera Chan. Menyembahkan lagu berjudul Kalis Rindu, Makhluk Tuhan Paling Seksi (31.5%). 

Itulah keputusan minggu pertama Famili Duo yang berlangsung Ahad lalu.

INFO FAMILI DUO MUSIM KE 4

Untuk musim ini, dua orang juri tetap telah dipilih iaitu Mas Idayu dan juga Dato Rosyam Nor, yang menggantikan Ajai dalam musim ketiga. 

Pengacara juga da sedikit perubahan yang mana kali ini Janna Nick berganding dengan pelawak Sharif dari kumpulan Zero yang menggantikan Izzue Islam dalam musim ketiga. 

Untuk info, tiada penyingkiran untuk pertandingan ini diperingkat awal sehinggalah ke semi final yang mana akan ada tiga peserta mara ke final. 

Setiap minggu para peserta akan merebut wang tunai RM10ribu sebagai pemenang mingguan. 

Untuk pentas final, pemenang keseluruhan akan membawa hadiah RM100ribu. 

Markah untuk pertandingan Famili Duo musim ke empat akan ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus lagi dari undian secara online.