“Kesian kat anak tu” Netizen tak gemar lihat anak Amar Baharin rambut panjang

3,604 views

Amar Baharin dan isterinya Amyra Rosli memilih untuk membiarkan rambut anak sulungnya, Aqeef Anaqi tumbuh panjang. Kalau dilihat rambut Aqeef Anaqi kini sudah mencecah sampai ke bahu.

Hal ini nampaknya membuat ada sesetengah pihak mula tak senang melihat betapa panjangnya rambut anak lelaki Amar Baharin itu. Dan semalam, ada seorang netizen yang tampil menegur Amar Baharin.

Amar Baharin telah muatnaik satu gambar keluarganya dan memang jelas rambut Aqeef Anaqi yang kelihatan panjang.

Seorang pengguna dan follower Amar bernama Ashikin telah menulis satu komen, menegur Amar agar memotong rambut Aqeef Anaqi itu. Ini tulisnya.

“Potonglah rambut anak lelaki tu supaya nampak lebih kemas dan lebih sesuai untuk imej anak itu. Kesian kat anak lelaki tu rambutnya dah nampak macam perempuan. Kesian lah kat anak tu.”

Ada beberapa netizen lain yang turut setuju dengan Ashikin, dan ada yang berseloroh bahawa kedai gunting rambut sekarang dah tutup.

Kemudian ada juga netizen lain mengatakan kalau kedai gunting buka pun, rambut Aqeef Anaqi tetap panjang dan tak dipotingnya.

“Masalahnya time saloon bukak pun tak potong juga” Itulah yang ditulis oleh seorang netizen lain.

Melihat banyak komen yang diterima tentang rambut anaknya, akhirnya Amar Baharin tampil memberi respon dan menulis reply kepada Ashikin.

“Ashikin, awak tak perlu nak kesian pada anak saya. Apabila dia tanya tentang rambut, saya cerita tentang sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak.”

“Jangan lupa cerita sunnah-sunnah nabi pada anak-anak. Insyaallah anak akan membesar menjadi seorang yang soleh dan solehah. Mereka akan menjadi ahli sunnah.”

“Saya juga akan doakan untuk awak amin. Jangan lah nak kesiankan pada Nabi pula ye kerana Nabi itu kita kena jadikan sebagai ikutan serta sebagai panduan hidup. Semoga bermanfaat.”

Kemudiannya, ramai yang memberi komen menyokong kenyataan yang ditulis oleh Amar Baharin itu.