Kesihatan mental semakin membimbangkan, Safiey Illias masuk pusat rehab jalani rawatan

3,948 views

Lama tak dengar cerita tentang ahli perniagaan bernama Safiey Illias. Melalui satu entry, Safiey menulis luahan hatinya tentang cabaran menyambut hari raya pada tahun ini.

Banyak persiapan yang tak siap dan juga urusan perniagaan yang sedikit terganggu.

“Tidak disangka sangka esok pula raya. Dengan persiapan yang tidak sempat buat, dan juga saya jadi pening dengan beg customer tak sampai lagi. Aduhai peningnya.”

Tentang perkembangan dirinya, Safiey akui tahap mental dirinya kini semakin melarat. Malahan Safiey akan masuk ke pusat rehab untuk jalani pemulihan.

Safiey akan masuk ke pusat rehabilitasi lebih kurang dalam tiga bulan sehingga enam bulan.

Ini kerana tahap kesihatan mental Safiey Illias semakin kronik dan ianya telah membimbangkan doktor yang yang merawatnya.

“Pada minggu depan saya akan masuk pusat rehabilitasi. Hal ini dicadangkan oleh doktor psikiatri yang merawat saya sejak dari tahun 2015 lagi. Hal ini penting sebab dia bagus untuk masa depan saya.”

“Kalau ianya terus dibiarkan, doktor risau saya ambil lakukan perkara yang boleh merosakkan atau memudaratkan diri. Oleh itu, adalah lebih baik saya bertindak agar hal ini tak jadi lagi teruk.”

 “Doktor memang minta masuk sebab takut saya akan buat hal yang luar jangkaan. Kata doktor lagi, jika masuk tempat tu, ramai yang dah sembuh sebelum ini.”

Apabila jalani pemulihan selama beberapa bulan, ketiadaan Safiey akan diganti oleh bapa dan adiknya untuk menguruskan semua perniagaan.

“Hal business saya akan serah kepada adik dan juga ayah saya sementara saya dalam proses berehat dan jalani rawatan. Doakan saya.”

“Saya harap semua akan beri saya peluang untuk pulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak mengecewakan. Berikan saya peluang terakhir.”

Itulah luahan dari Safiey Illias, semoga segala urusan untuk masuk pusat rehab ini akan dipermudahkan.