Berbalah sebab gambar raya Bilal, anak Neelofa dan Pu Riz

5,032 views

Pada hari raya Aidilfitri tahun ini, ramai selebriti yang menyambut hari yang mulia ini buat pertama kalinya sebagai ibu bapa.

Antaranya ialah pasangan selebriti terkemuka iaitu pelakon dan pengacara Neelofa dan juga suaminya, pelakon dan pendakwah terkenal, Pu Riz.

Kedua-dua mereka meraikan aidilfitri bertiga setelah kehadiran anak sulung yang diberi nama Bilal.

Neelofa melahirkan Bilal di hujung bulan Januari tahun ini, dan kini Bilal sudah pun masuk ke usia tiga bulan.

Sehingga kini, Neelofa dan suami mengambil pendekatan untuk tidak tayang wajah anak sulung mereka itu.

Antara puncanya ialah mereka tak mahu anaknya terkena penyakit ain dan juga tak mahu memberi pendedahan yang keterlaluan kepada anak mereka yang masih lagi baby.

Di hari raya ini, Neelofa dan Pu Riz telah muatnaik gambar beraya bertiga, dan mereka berdua telah meletakkan sticker atau emoji kartun di wajah Bilal.

Gambar raya Neelofa dan Pu Riz ini mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Malahan perbalahan besar mula timbul di kalangan netizen tentang pendekatan yang di ambil oleh Neelofa dan Pu Riz untuk menutup wajah anaknya itu.

Ada yang memberi komen sinis serta mempersoalkan tindakan pasangan suami isteri berkenaan mengapa sampai begitu sekali.

Nur Fiya menulis: “Kalau tutup macam tu lagi baik tak payah nak tunjuk. Buat orang kecewa je nak tngok. Nak bagi tengok pun kedekut.”

Zudakoshita Zureena pula menulis: “Macam la secret sangat, getik menengoknya.”

Dayaa Deeya memberi pendapat: “Macamlah dia sorang saja ada anak, orang lain pun tak macam kau ni Lofa. Lantak kau lah, anak kau. Siti Nurhaliza juga bagus, tak sorok wajah anak.”

Sekar Buran menulis: “Kalau tutup buat apa upload. Macam-macam perangai manusia.”

Selain itu, ada juga yang memahami mengapa Neelofa dan Pu Riz mengambil pendekatan menutup wajah Bilal. Mereka kata itu adalah hak milik ibu bapa untuk tayang atau tidak wajah anak mereka apatah lagi risau jika terkena ain.

Apapun, buat masa sekarang Neelofa dan Pu Riz masih belum bersedia lagi. Kita tunggu sajalah, tak lama lagi dapat lah tatap wajah Bilal.