“Kenapa kubur Kristian” Penjelasan Baby Shima melawat kubur non-Muslim di hari raya

18,120 views

Di hari pertama, penyanyi Baby Shima buat ramai tertanya-tanya kenapa dia muatnaik video melawat kubur untuk mereka yang beragama Kristian.

Baby Shima melawat kubur berkenaan dengan memakai baju kurung sambil memegang payung dengan caption mengatakan sudah dua tahun dia tak dapat melawat atuknya. “Dah dua tahun, kini baru saya dapat pulang melawat atuk.

Video mencetuskan tanda tanya, apakah agama sebenar penyanyi berumur 29 tahun ini.

Akak Baby Shima ni bukannya Islam kah.” Itu antara komen yang diterima oleh penyanyi ini.

Shima siapa pula yang non muslim.” Tulis beberapa followernya di laman Instagram.

Boleh kah melawat kubur bukan Islam apatah lagi di hari raya.” Komen pengguna Instagram.

Melihat ramai yang tertanya mengapa penyanyi ini melawat kubur Kristian, Baby Shima menjelaskan keadaan sebenar.

Baby Shima memberitahu sebenarnya dia ada saudara mara yang tidak beragama Islam.

“Saya mempunyai begitu ramai saudara-mara dan family dari agama Kristian. Atuk dan nenek, ada yang Islam, dan ada yang beragama Kristian. Jadi sila dan tolonglah hormat.”

Berkenaan mengapa dia melawat kubur dan adakah ianya dibenarkan dari sisi agama, Baby Shima menyatakan dia sudah pun mendapatkan jawapan dari ustaz tentang hal ini. Kata Baby Shima menziarah kubur bukan Islam dibenarkan.

“Boleh saja untuk menziarah kubur yang bukan agama Islam. Saya dah bertanya kepada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz terus saja menjatuhkan hukum.”

“Memang agak payah kalau ada orang yang rasa ilmu dia tu tinggi sangat. Semua benda pun konon tak kena. Tetapi apabila ada kesalahan diri sendiri, dia mula buat-buat tak nampak pula.”

Itulah penjelasan penuh dari Baby Shima tentang isu ini. Ini komennya.

Baby Shima lahir di Johor dan merupakan anak kepada Ramli Bin Ali (bapa) dan Zaleha Mohamed (ibu).