Cerita perkahwinan antara ahli perniagaan Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal kini buat ramai tertanya-tanya. Dah nampak hubungan antara mereka berdua sudah semakin hambar ekoran rasa kurang senang dari Iqbal yang mengatakan dirinya rasa diperguna.
Iqbal juga terasa dengan kata-kata dari anak-anak Dato Seri Vida yang tidak dapat menerimanya sebagai suami baru kepada Dato Seri Vida.
Dalam perkembangan terkini, Ahmad Iqbal ada buat satu kenyataan terbaru tentang hubungannya dengan Dato Seri Vida.
Iqbal mengesahkan dia sudah tak berhubung dengan Dato Seri Vida selama dua minggu, malah Iqbal juga telah cancel dan batalkan semua tempahan dewan yang sepatutnya diadakan majlis perkahwinan mereka pada bulan Disember hujung tahun ini.
Pemuda ini turut persoalkan mengapa Dato Seri Vida terus mengatakan mereka berdia akan berkahwin.
“Agak keterlaluan, tak henti-henti lagi dari mulut Dato Seri Vida cakap bahwa kami akan berkahwin. Setiap hari semasa buat live, saya nampak.”
“Cukuplah gunakan masyarakat. Saya dan Dato Seri Vida dah tak berhubung selama dua minggu dah. Saya juga telah pun membatalkan semua tempahan termasuklah dewan hotel. Kesian, bukan saja saya rasa dipermainkan, malah masyarakat juga akan rasa keliru.”
Jelas Iqbal dia dipergunakan oleh Dato Seri Vida dan mengatakan ahli perniagaan berkenaan sering bercerita hal yang tak benar tentang dirinya.
Selain itu, Iqbal juga mengatakan Dato Seri Vida tak mahu mengalah dan sentiasa nak menang selain ada buat akaun TikTok atas namanya, walhal itu semua bukan Iqbal yang buat.
Luahan Iqbal ini dibuat olehnya di laman Ig miliknya semalam. Jika dibaca, nampaknya Iqbal benar-benar dah tawar hati. Kemungkinan kisah antara Iqbal dan Dato Seri Vida telah pun berakhir dan tak jadi kahwin pada hujung tahun ini. Kita tunggu saja lah.