Sasha Saidin dah 4 kali suntikan vaksin

9,657 views

Sekarang ni di Malaysia sudah lebih 80 peratus golongan dewasa sudah pun mengambil suntikan vaksin.

Walau ada yang masih ragu-ragu dengan suntikan ini, selebriti terkenal yang juga penyanyi dari kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin sebenarnya antara individu yang dah mengambil 4 suntikan dos vaksin.

Sasha Saidin sendiri akui hal ini dan menceritakan pengalamannya.

Jelas penyanyi berumur 44 tahun ini, dirinya dan suami kini duduk di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mula dapat suntukan vaksin sejak bulan Disember tahun lalu iaitu tahun 2020.

“Yes betul, saya telah menerima suntikan vaksin sebanyak empat dos. Pada bulan Disember 2020, saya terima suntikan Sinopharm dos pertama. Kemudian terima Sinopharm dos kedua pada Januari tahun 2021.”

“Seterusnya suntikan vaksin kali ketiga dan keempat ialah dari Pfizer dos pertama dan kedua pada bulan Ogos 2021.”

Bercerita tentang UAE, kakak kepada Zain Saidin ini menyatakan bahawa kes di sana telah turun secara mendadak dan katanya mungkin akan kembali jalani kehidupan seperti biasa tak lama lagi.

“Syukur sangat sebab jumlah kes baru Covid di UAE lebih kurang 300 kes dalam seminggu. Harap jumlah kes ini akan terus turun barulah kehidupan akan kembali jadi normal macam sebelum waktu Covid.”

Ditanya oleh peminatnya tentang suntikan vaksin berbagai jenis, Sasha berkata lebih baik bersedia apatah lagi ada varian yang baru yang agak agresif.

“Adalah lebih baik untuk bersedia dari menangis kemudian hari. Semuanya pun adalah kehendak Allah. Apapun, saya percaya tidak wajib pun untuk suntikan tambahan, namun ianya digalakkan untuk tambah suntikan vaksin sebab ada varian baru yang lebih agresif contohnya varian Delta.”

Sasha Saidin berkata, di UAE, suntikan diberikan secara percuma saja, sama seperti di Malaysia. Sasha dan suaminya, Sirhan Wahab pinda ke Dubai tahun 2020 atas urusan kerja.