“Laju, makan jalan, bukan sikit makan jalan” Eksiden melibatkan Haneesya Hanee

2,261 views

Pelakon baru Haneesya Hanee berdepan dengan satu dugaan apabila terlibat dengfan satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Haneesya Hanee yang memandu kereta jenis Perodua Myvi telah dirempuh oleh sebuah kenderaan berat iaitu lori tiga tan.

Insiden yang agak bahaya ini telah terjadi semasa pelakon berumur 21 tahun ini sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Katanya, ketika itu dia sedang on the way menuju ke Bukit Fraser, Pahang dan ketika satu selekoh, lori berkenaan melanggar keretanya.

“Bagi saya, ini merupakan satu ujian ketika mahu pergi ke set penggambaran. Insiden ini berlaku ketika saya sedang melalui satu selekoh tajam dan tak dapat lihat jalan depan.”

“Kalau siapa yang pernah ke Bukit Fraser sudah tentu tahu tentang keadaan jalan ke sana. Semasa tak nampak kendereaan yang datang dari depan, tiba-tiba sebuah lori bergerak laju dan telah makan jalan kami.”

“Kerana jalan yang sempit, apabila lori dalam keadaan laju dan makan jalan, ianya terus saja merempuh kereta yang dipandu. Mujurlah kami yang ada dalam kereta tak ada yang tercedera.”

Haneesya Hanee kemudian mengatakan, kereta Myvi yang dinaiki olehnya itu adalah kereta pinjam, dari sepupunya.

“Ibu saya dah buat laporan polis dan serahkan urusan kepada pihak insurans tentang perkara itu.”

Di laman Instagram miliknya, Haneesya Hanee ada muatnaik beberapa foto keretanya yang telah dilanggar itu, dapat dilihat telah remuk di depan kereta Myvi itu,

Jelas Hanee lagi, lori itu memang dipandu dengan cara yang kurang baik.

“Lori tersebut laju, jadi dah makan jalan ke arah laluan kami. Bukan sikit-sikit dia makan jalan. Sekarang kami sewa kereta satu lagi sebab ada banyak barang yang nak kena bawa.”

“Tak ada kecederaan tapi saya hanya ada sakit sikit saja di kaki, dah okay. Kepada semua, sila hati-hati jika lalu kawasan ini.”

Itulah pengalaman dari Haneesya Hanee, syukur semuanya okey.